Jul 9, 2013

teruskanlah


Insyaallah, esok 1 Ramadhan.

sudah lebih 2 minggu aku berada di Malaysia. tapi tak banyak perkara yang aku dah buat sepanjang berada di sini. Most of the day I stayed at home. handling house chores and cooking. For the time being, tak apalah jadi suri rumah sepenuh masa..

duduk di rumah di Malaysia, terasa 'feel' yang berbeza berbanding di Mesir. kalau di Mesir, terasa ada bi'ah yang dihidupkan di dalam rumah. Almost everything we did together (baca : berjemaah). I mean, dari sudut ibadah seharian. Sebelum ni dengan semua housemates, kami akan solat berjemaah, baca al-ma'thurat dan surah Al-Mulk berjemaah, solat dhuha, dan makan berjemaah. nak buat ibadah-ibadah macam tu terasa mudah bila ada bi'ah dan peneman. 

Sekarang, bila dah balik rumah sendiri, benda-benda tu terasa sedikit susah dan terasa cabarannya. dah tak ada orang menggesa kita supaya solat jemaah pada awal waktu, tak ada siapa nak tolak-tolak untuk jadi imam, dah tak payah hidangkan makanan untuk ahli rumah selepas masak. semuanya dah jadi pilihan sendiri, tanggungjawab sendiri.

nak buat, silakan. tak nak buat, abaikan.

oh, semudah itukah kita beramal? setelah lebih 5 bulan melakukannya, tiba-tiba nak tinggalkannya ketika di Malaysia? bukankah sepatutnya kita istiqamah?

ya, walaupun ketika bersendirian, istiqamah dalam ibadah itu perlu. istiqamah saat berjemaah dan bersendirian. saat bersendirian itulah yang perlu kita kuatkan diri dan hati. 

Untuk Ramadhan yang bakal tiba, moga Allah kuatkan hati dan anggota badan kita untuk terus beribadah. bukan beribadah untuk sebulan penuh, tapi ibadah ini kita harapkan dapat dibawa kepada bulan-bulan seterusnya. Insyaallah.. 

kali ini, marilah kita lakukan kerana Allah. biarpun susah pada awalnya, yakinlah kita mampu lakukannya.
Moga Allah redha~

Ramadhan Kareem ^__^

0 talks:

Post a Comment