Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts

Oct 4, 2013

Malaysia vs Mesir


Countdown another 2 weeks, less.
I am going to fly soon.

Selama 3-4 bulan aku di Malaysia ni, aku banyak bermain dengan emosi sendiri. Siapa sangka, krisis yang berlaku di Mesir memberi tempias besar buat pelajar Malaysia di sana. 

Pilihan hanya 2. Pulang dan teruskan di Mesir atau sambung di Malaysia.

Sambung di Malaysia

sekarang dengarnya IPTA/S dah mula buka tawaran untuk pelajar perubatan Mesir buat transfer kredit di sini. aku tak pasti sama ada ini semua hanya omongan kosong untuk mendiamkan ibu bapa pelajar, atau benar-benar akan dilaksanakan. I really hope they will do, even to the small part. Umi gesa aku untuk apply jugak IPTA tapi entahlah. aku rasa sangat sangat malas untuk isi borang. I mean, isi borang je takde masalah rasanya tapi tang kena hantar dokumen tu yang aku lemah. hehe. 

aku tahu, peluang nak ke IPTA kat Malaysia ni sangatlah tipis. hello, takkan la budak yang kurang 9A SPM senang2 boleh masuk IPTA kot? unless, pakai orang dalam. #ehh? takdelah. syaratnya pun aku tak dapat nak penuhi, inikan pula nak memohon. aku tahu, rezeki tu Allah yang tentukan. tapi apa-apa pun aku sebenarnya tak ada hati sangat nak studi Medic kat Malaysia ni. In term of competition among top students (SPM), learning skills, daily routine etc seems impossible to me. I don't know, I haven't feel it before. I only assumed. 

in memory AFMG 2012/13

Teruskan di Mesir

setahun bagi aku belum cukup untuk merasa puas. belum cukup untuk mengutip ilmu-ilmu berharga yang ada di sana. Kelas Tafaqquh atas rumah, Kelas Fiqh kat Rumah BKAN, kuliah di gamaah Al-Azhar, dan sebagainya. bila mendengar ada junior-junior yang bakal dan sudah terbang ke Mesir tahun ni, aku tiba-tiba rasa lebih bersemangat. Kalau dia orang pun berani dan tekad nak ke sana, why not me?

ya, bumi anbiya' ni serba sedikit berjaya mentarbiah aku. berada bersama-sama insan-insan yang menyokong, membantu, menegur dan menggembirakan memberi aku merasakan erti persahabatan atau ukhuwah dengan lebih mendalam. di sinilah aku belajar untuk berdikari, berani, dan sabar. hidup di sekeliling debu-debu pasir ini tidak semudah yang disangka. ada kalanya ia menerjah masuk ke mata. bila menepis, biar kena caranya.

Aku masih berserah kepada Allah. segala keputusan aku sandarkan hanya kepadaNya. Apa yang hanya mampu aku katakan, Insyaallah, dengan izinNya, aku akan kembali ke Mesir meneruskan pengajian seperti biasa. Doakan aku.

Aku merancang, Allah Merancang. Allahlah sebaik-baik perancang.

Bismillahi tawakkaltu 3ala Allah..

Jun 9, 2013

Kenapa penting belajar tentang haid?

Haid.

Ada sesetengah lelaki mungkin 'fobia' bila dengar perkataan ni. geli geleman.

Ada juga sesetengah perempuan yang tak suka bila berbicara tentang haid di khalayak ramai atau apabila ada lelaki yang mendengarnya. Segan.

Ya, mungkin perbincangan haid ini lebih ditumpukan kepada kaum wanita yang mengalaminya sendiri tapi kaum lelaki juga seharusnya turut peka dan cakna dengan permasalahan haid wanita. siapa kata lelaki tidak patut tahu tentang haid? Lelaki sepatutnya lebih arif tentang haid memandangkan lelaki juga turut hidup bersama-sama wanita disekelilingnya - isteri, mak, kakak, adik, anak perempuan dan lain-lain. jadi, mahu atau tidak, ilmu berkenaan haid ini perlu dipelajari.

Bagi golongan wanita pula, mereka (atau mungkin kita) wajib mempelajari ilmu berkaitan haid. haid bukan setakat keluar darah daripada rahim kita. tapi ada banyak permasalahan dan isu-isu berkenaan haid yang kita perlu fahami dengan jelas. Warna darah, tempoh haid, adat (kebiasaan) haid, istihadhah, nifas dan lain-lainnya..



*Mengikut Mazab Syafie:
-tempoh paling singkat haid : 1 hari 1 malam (24 jam)
-tempoh paling panjang haid : 15 hari 15 malam
-darah yang keluar lebih 15 hari = darah istihadhah (waktu suci)

secara ringkasnya begitulah haid. tapi hakikatnya, haid tidak semudah itu. banyak permasalah yang timbul berkaitan haid ini. darah terputus, darah keluar lebih 15 hari, tidak dapat bezakan warna darah dan sebagainya.

kadang-kadang kita terlepas pandang isu haid ini. asal keluar darah, kita anggap haid. sedangkan kita terlupa ambil kira faktor warna atau yang lebih penting faktor masa dan kadar haid kita. ada yang sampai boleh mengaku datang haid selama 30 hari disebabkan kurangnya ilmu berkenaan haid ini!

Allah Allah. takutnya jadi macam tu sebab barangkali kita telah meninggalkan ibadah wajib ketika kita sebenarnya dalam tempoh suci. free free boleh dapat dosa. Dosa sebab tak mahu belajar dan dosa meninggalkan ibadah wajib. Na'uzubillah...

kebanyakan lelaki kurang ambil tahu tentang haid kerana mereka merasakan haid tiada kaitan dengan diri mereka. memang pun. tapi, mereka perlu ambil tahu paling kurang pun perkara-perkara asas berkaitan haid. kadang-kadang saya terdengar lelaki bertanya, "senggugut tu apa?" oh, rupanya tak ramai lelaki faham apa yang dialami wanita haid ini.


Senggugut atau 'bahasa medic'nya kita istilahkan sebagai menstrual pain merupakan satu kondisi yang menyakitkan yang dialami oleh wanita haid pada bahagian rahimnya (uterus). apabila wanita haid mengalami senggugut, biasanya mereka akan mengadu sakit yang teramat sangat (berbeza mengikut individu) pada bahagian rahimnya. emosi jadi tidak stabil. bila berdiri sakit, duduk pun sakit. rasa tidak mampu melakukan apa-apa ketika itu.  ya, senggugut itu sakit. malah ada yang mengatakan senggugut itu sakit yang sangat menyakitkan selepas sakit ketika bersalin. apa yang saya kongsikan ini berdasarkan apa yang saya lihat dan mungkin saya sendiri alami. 

mungkin ada yang pelik kenapa saya perlu menceritakan perihal haid wanita di sini. tapi saya rasa saya perlu memberitahu kepada golongan lelaki di luar sana agar mereka tidak mempuat persepsi negatif terhadap wanita-wanita haid. mungkin mereka fikir, wanita beruntung kerana ada 'cuti solat'. tapi hakikatnya, wanita haid ini terpaksa melalui fasa yang memeritkan pada awal haidnya.

Kesimpulannya, baik lelaki mahupun wanita, harus mempelajari ilmu haid ini. kalau tidak boleh kuasai semua, jangan tinggalkan semua. belajarlah sedikit-sedikit sebagai panduan. bagi wanita, buatlah jadual kitaran haid untuk memudahkan urusan pada kemudian hari. bagi lelaki pula, bimbinglah wanita-wanita yang sudah didatangi haid agar mereka tidak tersalah langkah dan aturan.

semoga Allah bimbing kita semua hendaknya ^_^

May 29, 2013

We are born as a HERO! [believe it]

#Anatomy is tomorrow.


while I was searching for videos about Embryology on YouTube, I've found some interesting videos about human development in intra-uterine life. If you are and still wondering how did Allah created us as a human being, well, I recommend you to watch this video. It is quite easy to understand. 

Let me tell you a little bit about this video.

As everyone knew (or should know), we existed in this world due to fertilization between our mothers' ovum and our fathers' sperms. but before that occur, do you know how the sperms meet the ovum?

let's make it into an action-romance story (to make it more interesting)

Ovum is a queen. one day, she declare to get married with the one she loves. so, she held a competition to see who is her true love. the competition is opened to anybody who want to take part. The participants (sperms) need to meet her at her castle called Uterine (Fallopian) tube. the first sperm who arrived to her castle and meet her there will be her bridegroom.

The competition is not that easy. The ovum had prepare many stages to test them. there are thousands of sperm that participate in this competition, but most of them fail in early stage.

the first stage is in the long canal called Vagina. inside the canal, there are 'poison gases'. the weak sperms without shield might be died in the canal while the others survive and continue their journey. next stage is to enter a very narrow hole called Cervix. once again, not everyone survive. some of them lost their strength in the hole.

The journey is continued again. now, they enter a wider space called Uterus. at first, everything seems fine. but later on, near the Uterine tube, there are many bodyguards prepared with their weapon. They cannot easily let the strangers go inside the castle and meet the Queen of Ovum. so, the sperms and the bodyguard having some fight. some sperms died while others won the fight and able to enter the way to castle.

inside the Uterine Tube, many of the sperms felt into the trap. only a few, remains alive and have strength to fight. so they continued until they arrived at the castle at the lateral third of Uterine tube. this is the last stage for the sperms. Only one sperm can meet the Queen of Ovum. after the first sperm arrived into the castle, the door is tightly closed. no more sperms are allowed to enter the castle.

Finally, the Queen of Ovum meet her true love - the one who able to survive from each obstacles. He is the hero of her life. so, they get married and live happily ever after.

-FIN-

oke, the story seems to be quite boring and out of the topic sometimes. but this is the only idea I got.

you see, it is such a loooong journey to meet them both. there are so many obstacles that disturbed the journey of swimming sperm towards the ovum. This process known as Fertilization process and it has few stages either in sperm or ovum itself. after the fertilization occur, the fertilized ovum (now it is known as zygote) moves along the Uterine tube and enter the Uterus. here, the next process will occur which is called Implantation process. 

the point that I want to stress on is about 'HERO'. as we all know at the end of the action-romance story above, the ovum finally meet her hero. among thousands of sperm that enter the vagina from the beginning, only one  able to penetrate into ovum and fertilized. see, who is hero now? don't you think we are the hero at the first place? because I think so. If we are not hero, then we might not born into this life and see this beautiful world, isn't it?

well, if I got another story I will let you know. if there is any point that seems unclear from the previous story, let me know somehow, okay?

Firman Allah mafhumnya:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"
[ Al-Insan : 2 ]


#source of beautiful videos on YouTube : Nucleus Medical Media

May 24, 2013

Di Dalam Fasa Tarbiyah


buat kesekian kalinya aku menulis. (jangan seriau baca tajuk ni)

maaf kerana lama menyepi. bukan keadaan tak mengizinkan, bukan kekangan masa, bukan kesibukan menjadi penghalang tapi Allah masih belum mengizinkan aku untuk menulis. 

sesungguhnya Hidayah itu daripada Allah. Ilham juga daripada Allah.

kalau diikutkan hati, terlalu banyak yang ingin disuarakan. cuma, hati dan fikiran tidak mampu bergabung menghasilkan ayat yang pasti. kehidupan di bumi Anbia' ni penuh dengan 1001 kisah yang tak mampu nak diceritakan semuanya. kehidupan jauh dari keluarga bukanlah suatu benda yang hebat. tapi, sedikit sebanyak ia melatih kemahiran mandiri kita.

sedar tak sedar, hampir setahun (mungkin, 9 bulan lebih relevan) aku bermastautin di bumi 'berdebu' ini. sekarang sudah berganjak ke musim panas. alhamdulillah....musim panas ketika ini belum kemuncak lagi. dugaan dalam musim ini, subuh awal dan maghrib lewat. akhirnya, tempoh bagi seseorang berpuasa menjadi semakin panjang jika dibandingkan dengan Malaysia. *nasib aku puasa di Malaysia.hehe* tapi, itulah Allah bagi ujian di sini. ditambah lagi dengan cuaca yang sangat terik, iman dan sabar memang teruji.

gembira bila dengar ramai junior sekolah nak ke Mesir insyaallah tahun ni. walaupun mungkin tak ada nak ke Azhar, aku redha. mungkin tempat lain lebih baik bagi mereka. tapi satu yang aku nak pesan *kalau anda baca pesanan ini*, peluang yang ada mohon digunakan sebaik mungkin. never take anything here for granted walaupun ramai pelajar Malaysia di sini. persaingan makin banyak, harap kita tidak leka.

Fatrah Imtihan Fatrah Tarbiyah

Alhamdulillah...3 subjek Medic dah berjaya lepas setakat ini. tinggal satu yang paling aku geruni, Anatomy dan 2 lagi subjek agama - Al-Quran dan Bahasa Arab. mudah-mudahan Allah lancarkan semuanya. Fatrah atau musim peperiksaan ni betul-betul banyak ujian sebenarnya. antara kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang diuji. emosi kita paling banyak diuji. kadang-kadang di tengah-tengah fatrah imtihan ini, kita boleh tiba-tiba hilang mood. bila nak mula ulangkaji subjek seterusnya, konsentrasi tiba-tiba melayang. mula membayangkan kertas-kertas peperiksaan yang dijawab dahulu. takut. risau. hilang keyakinan.  

hakikatnya, itu semua mainan perasaan. perasaan yang dicucukkan ke dalam hati kita agar kita lupa pada Sang Pencipta. kita lupa, yang menatijahkan kejayaan ialah DIA, bukan usaha kita selama ini. usaha adalah satu wasilah, bukan jaminan.

aku masih perlu belajar. bukan setakat belajar daripada subjek di dalam buku, tapi apa yang ada di sekeliling aku itu yang lebih penting. peperiksaan yang aku duduki ini sekadar untuk melihat kemampuan dan kefahaman diri, tapi ia bukanlah jaminan kita di alam pekerjaan kelak. 

sebab itu kita perlu tajdid niat semula. kita bukan belajar untuk exam. sebenarnya kita exam untuk belajar. bukan begitukah?

ini sekadar cetusan rasa dan ilham. yang silap, mohon ditegur. yang betul, jadikanlah ibrah.

Moga Allah Redha ^_^

Generasi Mumtaz AFMG 12/13

Feb 3, 2013

let's strive for mumtaz!


rindu sahabat-sahabat STAM'12

Alhamdulillah..baru-baru ni aku dengar berita baik tentang sahabat-sahabat STAM aku tahun lepas. tak sangka dengan result yang mereka dapat. sejujurnya aku tumpang gembira dengan kejayaan sahabat-sahabat aku semuanya. Tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan STAM dengan jayanya. mabruk kullukum.

sekejap masa berlalu. rasa macam baru saja aku bertatih-tatih menyesuaikan diri masuk ke sekolah baru masa zaman STAM dulu. tak sangka zaman tu dah berlalu hampir setahun. walaupun aku tak sempat merasai peperiksaan STAM itu sendiri, aku tetap merasakan sebahagian daripada mereka yang telah berjaya itu. sungguh, ilmu STAM ilmu yang bermakna bagi aku. 


dia sahabat aku sejak sekolah menengah lagi. ingat lagi dulu, aku pergi ke taklimat MM sama-sama dengan dia. masa tu dia masih belum decide hala tuju dia sama ada nak teruskan STAM atau ambil medic kat Mesir.  selepas habis taklimat tu, barulah dia buat keputusan untuk tetap di jalan dia berada sekarang. aku sebenarnya hairan apa yang membuatkan dia ambil keputusan macam tu. tapi aku yakin, dia lebih tahu apa yang dia perlu, apa yang dia mahu lakukan. jadi aku tak banyak menyoal. sebagai sahabat, aku menyokong usaha dan keputusannya. dan sekarang, aku sedar dia memang tidak tersilap langkah. keputusannya untuk meneruskan STAM hingga ke penghujung ternyata tepat. aku dah agak dia boleh lakukan sehabis baik. dan aku sangat bangga bila dapat tahu dia antara yang dapat MUMTAZ SUFI. (3ala tul mumtaz) mashaAllah...mabruk alaik!

semoga kejayaan dia dan sahabat-sahabat lain menjadi contoh buat adik-adik yang lain. 
begitu juga kami di sini. 

nak kejar Mumtaz tak mudah. orang dulu-dulu kata, rezeki tak akan datang bergolek. kita kena cari dan usaha sendiri. memanglah Mumtaz tu tak menjamin kejayaan hidup kita 100% pada masa akan datang, tapi dengan Mumtaz itulah perjalanan kita menjadi semakin mudah ke depan.

As medical student, I have to grab that Mumtaz. not because of JPA nor because I've been forced to. In fact, it is my responsibility to strive as best as I could. I don't want to be medical student forever. I want to be a doctor one day. Biiznillah...insyaAllah..

jadi, cuba check balik diri sendiri. usaha ke arah mumtaz macam mana? cukupkah? 

5 bulan saja lagi. get ready ya!