buat kesekian kalinya aku menulis. (jangan seriau baca tajuk ni)
maaf kerana lama menyepi. bukan keadaan tak mengizinkan, bukan kekangan masa, bukan kesibukan menjadi penghalang tapi Allah masih belum mengizinkan aku untuk menulis.
sesungguhnya Hidayah itu daripada Allah. Ilham juga daripada Allah.
kalau diikutkan hati, terlalu banyak yang ingin disuarakan. cuma, hati dan fikiran tidak mampu bergabung menghasilkan ayat yang pasti. kehidupan di bumi Anbia' ni penuh dengan 1001 kisah yang tak mampu nak diceritakan semuanya. kehidupan jauh dari keluarga bukanlah suatu benda yang hebat. tapi, sedikit sebanyak ia melatih kemahiran mandiri kita.
sedar tak sedar, hampir setahun (mungkin, 9 bulan lebih relevan) aku bermastautin di bumi 'berdebu' ini. sekarang sudah berganjak ke musim panas. alhamdulillah....musim panas ketika ini belum kemuncak lagi. dugaan dalam musim ini, subuh awal dan maghrib lewat. akhirnya, tempoh bagi seseorang berpuasa menjadi semakin panjang jika dibandingkan dengan Malaysia. *nasib aku puasa di Malaysia.hehe* tapi, itulah Allah bagi ujian di sini. ditambah lagi dengan cuaca yang sangat terik, iman dan sabar memang teruji.
gembira bila dengar ramai junior sekolah nak ke Mesir insyaallah tahun ni. walaupun mungkin tak ada nak ke Azhar, aku redha. mungkin tempat lain lebih baik bagi mereka. tapi satu yang aku nak pesan *kalau anda baca pesanan ini*, peluang yang ada mohon digunakan sebaik mungkin. never take anything here for granted walaupun ramai pelajar Malaysia di sini. persaingan makin banyak, harap kita tidak leka.
Fatrah Imtihan Fatrah Tarbiyah
Alhamdulillah...3 subjek Medic dah berjaya lepas setakat ini. tinggal satu yang paling aku geruni, Anatomy dan 2 lagi subjek agama - Al-Quran dan Bahasa Arab. mudah-mudahan Allah lancarkan semuanya. Fatrah atau musim peperiksaan ni betul-betul banyak ujian sebenarnya. antara kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang diuji. emosi kita paling banyak diuji. kadang-kadang di tengah-tengah fatrah imtihan ini, kita boleh tiba-tiba hilang mood. bila nak mula ulangkaji subjek seterusnya, konsentrasi tiba-tiba melayang. mula membayangkan kertas-kertas peperiksaan yang dijawab dahulu. takut. risau. hilang keyakinan.
hakikatnya, itu semua mainan perasaan. perasaan yang dicucukkan ke dalam hati kita agar kita lupa pada Sang Pencipta. kita lupa, yang menatijahkan kejayaan ialah DIA, bukan usaha kita selama ini. usaha adalah satu wasilah, bukan jaminan.
aku masih perlu belajar. bukan setakat belajar daripada subjek di dalam buku, tapi apa yang ada di sekeliling aku itu yang lebih penting. peperiksaan yang aku duduki ini sekadar untuk melihat kemampuan dan kefahaman diri, tapi ia bukanlah jaminan kita di alam pekerjaan kelak.
sebab itu kita perlu tajdid niat semula. kita bukan belajar untuk exam. sebenarnya kita exam untuk belajar. bukan begitukah?
ini sekadar cetusan rasa dan ilham. yang silap, mohon ditegur. yang betul, jadikanlah ibrah.
Moga Allah Redha ^_^
Generasi Mumtaz AFMG 12/13 |
0 talks:
Post a Comment