May 26, 2013

Seronoknya belajar di Korea!

one of University in Korea

Seronoknya belajar di Korea!

sekarang, peluang untuk belajar ke luar negara sangat terbuka luas untuk pelajar Malaysia. Korea juga tidak kurang hebatnya. komuniti pelajar Malaysia di sana setiap tahun semakin bertambah. siapa yang tak tertarik dengan negara Korea? negaranya maju dan cantik. rakyatnya comel-comel belaka. 'retis-retis'nya hebat-hebat belaka. Untuk lepasan-lepasan spm yang berminat ambil engineering, sesuai sangatlah sambung belajar di sana. tapi, kena belajar Bahasa Korea dulu lah ye!

keterangan lanjut tentang Sambung Belajar di Korea boleh tengok link yang dinyatakan.

Saya tak pernah pergi Korea, jadi saya tak berani cakap panjang tentang negara tersebut. Alhamdulillah, Allah beri saya peluang belajar di bumi anbia' wa Ardhul Kinanah. biarlah orang cakap belajar di Korea best, belajar di Australia seronok, belajar di Ireland terbaik, Mesir tetap di hati *ecewahh*

Korea @ Egypt ^______^

Seronok lagi belajar di Mesir!!

apa yang seronoknya tentang Mesir? Mesir ni negara yang penuh dengan debu, berhabuk, panas pulak tu. orang-orang Arab di sini besar-besar belaka. Mesir tempat Firaun dan sebagainya. tak ada apa yang istimewa tentang Mesir dari kaca mata kita rakyat Malaysia agaknya.

entah. saya tak pernah terfikir untuk sampai ke bumi ini. tidak pernah menyimpan hasrat untuk ke sini sebelum ini. tapi entah macam mana, Allah datangkan ilham untuk bawa saya ke sini pada hari ini. masa mula-mula sampai di Cairo Airport, rasa sangat kagum dengan Mesir. mungkin sebab tengok suasana baru. tengok tulisan-tulisan arab di merata-rata tempat terasa seronok.

pemandangan terawal ketika tiba di Cairo *amazed*
Alhamdulillah...tak lama masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri di Mesir. berbekalkan sedikit basic Bahasa Arab yang dipelajari zaman sekolah dulu, saya mudah belajar bercakap Bahasa Arab 'Ammi (bahasa pasar) di sini. tak jauh beza sangat dengan Arab Fushah, tapi kadang-kadang susah jugak nak faham orang Mesir cakap. sampai bila dah tak faham terpaksa angguk atau geleng saja =,='

Bila dah merantau ke negara orang, sedikit sebanyak kita akan belajar budaya di sini. dari apa yang saya perhatikan, orang Arab di sini agak peramah juga. kadang-kadang bila tengah jalan, ada orang Arab akan menyapa, "Apa khabar? Khabar baik" dia tanya, dia jugak yang jawab. Lucu.

kalau duduk di Nasr City,Cairo atau lebih tepat lagi area Hayyu Sabie3 (read : Street 7), jalan sikit jumpa orang Melayu. kadang-kadang tu memang satu imarah dengan orang Melayu pun! Rumah Anak Negeri (BKAN) memang ada banyak di sini. bagi siapa yang tak nak menyewa di bangunan-bangunan orang Arab, eloklah menyewa di bangunan yang memang disediakan khas untuk orang Melayu mengikut negeri asal atau bersekutu masing-masing. 

orang kata, kos sara hidup di sini agak tinggi. tak dinafikan, di Cairo ni agak tinggi pembelanjaan bulanan jika dibandingkan di Mansuora atau Tanta. Tapi, 'tinggi' di sini dianggap rendah juga kalau hendak dibandingkan pula dengan Malaysia atau negara-negara Eropah yang lain. Alhamdulillah...makan halal di mana-mana pun boleh dapat. tanpa segan silu, pesan saja apa yang terlintas di fikiran. Nasi Arab, Masakan Melayu/Indon, Makanan Cina, semua ada. kadang-kadang sampai tak muat perut ni nak terima makanan sejak duduk sini. *seriously*

Mesir ni ibarat rumah kedua bagi saya sejak sampai sini. dan memang patut pun rasa macam tu. Komuniti Melayu di sini tak payah sebutlah banyak mana sebab memang ramai dan makin bertambah. lepas ni, bertambah lagi dengan adik-adik yang baru nak datang studi Medic di sini. Alhamdulillah sangat. orang-orang Mesir menyambut baik orang-orang Melayu di sini. orang Melayu dipandang tinggi dan dihormati.


Beach @ Hurghada

Kesimpulannya, belajar di mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangannya. pasti ada hikmah kenapa Allah hantar dan letakkan kita di tempat tersebut. walaupun mungkin dalam kalangan kita hanya belajar di Malaysia, tanah air tercinta tapi itu tak bermakna mereka tidak mampu menjadi orang yang hebat atau tiada pengalaman. Allah beri kita peluang dan pengalaman yang berbeza-beza. tapi itu semua bukan untuk menjadikan kita bongkak atau lupa padaNya. 

banyak lagi saya nak cerita tentang perjalanan di Mesir ini. Disebalik debu-debu pasir, tersembunyi mutiara ilmu yang berguna untuk insan yang mencarinya. mudah-mudahan kita akan ketemu mutiara ilmu tersebut suatu hari nanti.

 insyaallah :)

#Coming up next : part 2 (Musafir Mesir) 

1 comment:

  1. assalamualaikum klau saya boleh tak sambung belajar ke korea.. saya dah dua tahun lepasan stam ( SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA )

    ReplyDelete