Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts

Oct 7, 2013

Perkara yang tidak dapat saya lupakan di Mesir (12/13)

Amboi, tajuk post dah macam tajuk karangan BM dah. haha. pun boleh.

Jadi, merujuk kepada tajuk post di atas, aku nak kongsikan beberapa peristiwa atau momen atau perkara atau apa saja yang berlaku di Mesir sepanjang tahun 2012-2013 yang tidak dapat aku lupakan. Peristiwa tersebut boleh jadi manis, pahit, masin dan ada kalanya tawar. Begitulah rencah kehidupanku.

*amaran : post kali ini agak panjang. jika tak berminat, sila cari butang X di skrin anda*

Peristiwa 1 - Kisah Cik Ti

peristiwa ni berlaku ketika musim sejuk. orang kata, musim sejuk ni, binatang-binatang mula cari tempat untuk berhibernasi. masa awal-awal kami pindah masuk rumah tu, aku fikir rumah sewa aku tu tak akan dimasuki tikus. entahlah, confident betul aku yang tikus tak akan berani jejak rumah yang hanya tingkat satu tu. heh.

Tapi lama-kelamaan, kami jadi makin suspicious. kami mula mengesan jejak-jejak penceroboh di dalam bilik, dapur, ruang tamu dan tandas. hampir setiap kali selepas pulang dari kuliah, kami mendapati akan ada salah satu pintu bilik yang terdapat serpihan kayu di bawahnya. bukti lain, ada kesan 'biji hitam' di merata-rata tempat. dalam almari aku pun ada! hailaaa...dan yang paling aneh, ada kesan seperti tapak kaki berpasir di atas baju-baju di ampaian. sejak daripada itu, kami nekad untuk pasang perangkap - baik yang dibuat secara konvesional (baca : ciptaan sendiri) mahupun perangkap sedia ada (perangkap besi). beberapa hari kedua-dua jenis perangkap tu dipasang, tak ada satu pun yang mengena. licik sungguh penceroboh berdaulat ni!

perangkap sendiri lebih kurang macam nilah kami buat.
mahal-mahal beli perangkap, tak berkesan pun. hailaaa cik Ti~

maka, pada satu hari, bermulalah misi kami menjejaki makhluk penceroboh rumah kami ni. habis semua bilik diselongkar bagi mengesan keberadaan makhluk tersebut. tapi, dia tak ada di dalam bilik. tempat terakhir yang kami tuju ialah dapur. kami yakin ia ada di dalam dapur. satu persatu barang-barang dapur kami keluarkan - bagi mengelak si penceroboh itu bersembunyi lagi. sampailah akhirnya yang tinggal hanya peti sejuk dengan dapur gas. dan ketika itu, kami terperasan satu makhluk di dalam dapur gas kami. huwaaahhhh.....menjerit kami semua dibuatnya. besar tahap gaban la hoiii....kalah tikus Malaysia.

selepas itu mulalah sesi kejar-mengejar antara 3 orang manusia dengan makhluk penceroboh itu. berbekalkan senjata-senjata di tangan, kami menggertak makhluk itu supaya keluar. bila dia keluar, elok2 kami pula yang menjerit. tak tahu dah siapa kejar siapa. =,=' 

aku rasa maunya besar ni tikus tu..oh myyy..
hampir setengah jam berjuang dalam dapur yang tertutup tu, akhirnya kami mengalah. naik tingkat atas rumah, jumpa dengan 'pasukan rescuer' yang boleh diharapkan. haha. 2 orang hero akhirnya berjaya menangkap penceroboh itu dalam masa lebih kurang 5 minit je. kuang asam punya Cik Ti. selama ni, elok-elok je dia menginap kat rumah kami. bukan setakat tak bayar sewa, malah berani porak-perandakan rumahtangga kami. selepas peristiwa tu, dah tak ada lagi tikus dalam rumah tu. Alhamdulillah..


Peristiwa 2 - Eksperimen Darah

Masa lab Histology, semua orang diarahkan untuk buat ekperimen berkaitan darah. caranya, cucuk lancet pada jari masaing-masing. lepas darah dah keluar sikit, letakkan darah tersebut pada satu slide (slide yang kita letak pada microscope untuk lihat sesuatu specimen/cells). jadi aku dengan yakinnya pun buatlah.dah sedia dengan semua alat, jari dah disapu alcohol...kemudian cucuk lancet. tak sakit pun. darah mula keluar sikit-sikit...aku pun ambil slide untuk ambil darah sendiri.

can you see that slide?
tiba-tiba...

aku sedar aku dah terbaring kat lantai, dikerumuni ramai orang termasuklah 2 orang dukturah (pensyarah) aku. dia tanya nama aku kalau tak silap. oke, masa tu aku sedar something wrong somewhere. dukturah dudukkan aku kat atas kerusi lepas tu bagi sekotak jus mangga dengan biskut. oh sedapnya~~
lancet and blood
rupa-rupanya aku terpitam tadi lepas darah jari aku keluar. ada kawan aku tanya, "kau takut darah ke?" of course not...haha. nak kata aku tak sarapan, yes, I did that morning. Makan nasi goreng lagi kot. so, sampai sekarang aku tak tahu apa punca aku pitam tiba-tiba tu. akhirnya, dukturah suruh aku siapkan experiment guna darah kawan aku. haruuu je~ tapi better la daripada terpaksa pitam for a second time. haha. ada pulak.


Peristiwa 3 - My Birthday 'party'

Rasa macam baru semalam benda ni berlaku. *oke, tipu* bila difikir-fikir balik apa yang berlaku pada hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-19 ni, rasa kelakar pun ada. entahlah apa yang kelakarnya... pagi tu, datang ke kuliah seperti biasa. yang luar biasanya, satu batch aku pakai baju yang sama. bukan uniform lah, maksud saya. tapi, hari tu kami semua ada sesi fotografi batch. so semua kena pakai jubah hitam + tudung purple/pink. *terasa spesel hari tu.* haha. ada jugak kenangan bergambar pada hari jadi aku. 

AFMG Gen5 (kami menang gambar terbaik tau!)
mereka nak bergambar dengan birthday girl kononnya. haha
petang tu pulak, Along dengan terlebih baik hatinya ajak aku dengan housemates pergi makan luar. kebetulan, pada hari tu jugak ada bazar di BKAN Pulau Pinang. Apa lagi, dah ada orang nak belanja makan, mestilah nak. kekeke. *sekali lagi terasa spesel hari tu*

yeayy, Along belanja~
Malam tu pulak, tiba-tiba aku diberi 'hadiah' oleh ketua unit grafik aku. adalah kerja sikit yang aku kena settle kan malam tu. Aku fikir, tadi dah celebrate my birthday dengan along kat luar, so my housemates wouldn't throw any surprise party for me. jadi malam tu aku buat bodoh je lah. dengan kerja yang tak siap-siap lagi, aku concentrate je kat laptop. tiba-tiba dengar loceng pintu berbunyi. naklah jugak jenguk ke luar bilik siapa yang datang, tapi dihalang oleh housemate aku yang lain. aku pun tak jumpa tudung nak pakai masa tu. lepas pintu ditutup, aku tanya kak sue yang buka pintu tadi, "siapa tadi tu?" dia kata orang bil. peliklah jugak sebab aku rasa baru lagi bayar bil elektrik bulan ni. so, aku malas lah nak tanya macam-macam, kembali kepada kerja. 

Tiba-tiba... 

Tup! Lampu satu rumah terpadam. Aku pun buat tak tahu je lah. dah biasa black out malam-malam ni. Laptop aku pun masih menyala, nasib baiklah. beberapa saat lepas tu datanglah makhluk-makhluk yang tak diundang masuk ke bilik aku dengan nyanyian 'Allah selamatkan...'

what thee...??

Pizza hari jadiku >.<
aku dengan gaya cool buat2 tak terkejut dengan surprise mereka. HAHA. sebenarnya, unexpected jugaklah surprise tu. seriously. untunglah sebab malam tu aku disibukkan dengan laptop. kalau tak mungkin aku dah boleh hidu taktik mereka tadi. muhahaha. 

Dah menjadi tradisi sejak awal-awal dulu lagi kami buat surprise party ni. and this is my first experience on my own birthday. quite fun and truly appreciate with their works to make it work. Thanks guys. tahun depan siap sedia dengan surprise yang lebih surprise, okey?


Peristiwa 4 - Sesat Di Cairo

Gawazat - Visa centre

 peristiwa ni berlaku pada hari yang sama aku dan sahabat-sahabat lain buat visa di Gawazat. lepas selesai uruskan visa, kami lunch di Restoran China Muslim berdekatan dengan ARMA. habis mengisi perut, kami pun tunggulah bas untuk balik ke Sabie' (tempat tinggal masing-masing). lama jugak tunggu bas. hampir setengah jam, mungkin lebih. sekali tu nampak satu bas ni, terus naik (sebab ingatkan itu bas yang betul)

melencong seketika di kedai makan Cina Muslim

mula-mula naik tu rasa pelik. "kenapa tak ada orang melayu pun dalam bas ni?" sebab biasanya, kalau nak ke Sabie' atau Asyir (penempatan biasa pelajar melayu), akan ada beberapa pelajar Melayu. tapi kali ni, seorang pun tak ada. aneh dah...

lama dalam bas tu, tiba-tiba nampak Hadiqah Azhar ( Azhar Park). rasa macam sebelum ni tak nampak pun tempat tu. aneh aneh ni...."oh, mungkin ni jalan lain. short cut takpu long cut..." kami masih confident naik bas yang betul. sampailah akhirnya aku terperasan Sg. Nil di luar tingkap. Sah lah ni, kita dah sesat..sesat jauh lagi tu..

bas awam. tersalah tengok no belakang tu je...

salah seorang daripada kami memberanikan diri tanya pakcik Arab yang ada dalam bas tu. katanya, bas ni menuju ke Giza. haha. nak suruh aku buat jaulah sekali lagi ke piramid agaknya. semua dah cuak habis waktu tu. bukannya tau jalan nak balik. Tapi Alhamdulillah, ada seorang pakcik Arab yang baik hati sanggup tolong kami tunjukkan cara nak balik.

kami pun turun dari bas, mula berjalan kami. dalam perjalanan nak cari tempat solat, tiba-tiba kami terdengar satu bunyi seperti meriam/bunga api yang agak kuat dan dekat. situasi bertukar cemas lagi tegang. bertambah kelam kabut kami semua bila terdengar ada bunyi kaca pecah. Pakcik tadi suruh kami lari. dan kami pun lari selamat diri daripada bahaya yang tak tahu jenis apa.

@ Cairo U

Alhamdulillah, kami selamat. tiada yang tercedera mahupun trauma. #ehh? Rupa-rupanya ada 'farah' (baca : wedding ceremony) di tempat tadi tu. dah jadi adat rasanya buat bunyi bunga api macam tu.. nasib aku tak ada sakit jantung. tapi, bila diingat-ingat semula peristiwa larikan diri tu, memang kelakar. rasa macam tengah shoot filem gituhh *oke, abaikan*

aku kira, pengalaman sesat ni bagi kami peluang untuk berkunjung ke Cairo U. sekadar untuk menumpang solat pun cukuplah. tapi, serius gua cakap sama lu, Cairo U memang cantik wo. kalah Al-Azhar for sure. siap ada bunga-bunga + garden lagi. wah wah.

Metro line. selesa macam Malaysia jugak.
 Dan satu lagi pengalaman baru ialah naik Metro (tren bawah tanah). Alhamdulillah, perjalanan yang panjang akhirnya menemui jalan pulang. nasib baik aku tak sesat sorang2..


Peristiwa 5 - Rumah Banjir

satu hari, lepas balik dari gama3ah (kuliah), housemate aku yang dah sampai rumah call. dia pesan beli baldi dengan mop extra kalau boleh. dah kenapa pulak tu? dia cakap rumah banjir.

hah? tak masuk akal langsung rumah banjir. Jangankan ribut, hujan pun tak ada rumah boleh banjir. hehe. yang ni special case.

Aku melangkah je masuk rumah, dah terasa basah sampai ke depan pintu. ya, memang banjir. percayalah. itupun lepas kawan aku buang air sikit-sikit sebelum kami balik. boleh dikatakan hampir satu rumah kena. 2 bilik housemate aku masuk air teruk. bilik aku kurang sikit. dapur tak kena. 

Korang jangan bayangkan banjir macam ni pulak ye. aku agak air paras buku lali je paling banyak pun..

nasiblah, tempat yang ada karpet itu lah yang kena air. apa lagi, sesi mengemop lantai pun disambung.. habis semua bilik bau kepam. memang tak boleh buat apalah dengan karpet tu. nak jemur kat luar sekalipun memang tak akan ada tempat.

setelah diselidiki, rupa-rupanya punca kejadian daripada paip di bilik air yang tak ditutup sejak pagi tadi. bayangkanlah. dari pagi kami keluar rumah, tak ada siapa pun perasan paip tak ditutup lepas tu balik rumah petang. logik tak air melimpah ruah keluar dari tab mandi sampai ke ruang tamu dan bilik? ahha....amazing huh? dah lah rumah kecik, memang habis lingkuplah rumah waktu tu.

tapi hikmahnya, mungkin Allah suruh kami mop rumah tu sebab dah lama tak mop kot. haha. mesti kena sabar dengan musibah yang baru sikit ni. dan pastinya, kena lebih berhati-hati lepas ni. siapa last mandi, cek bilik air, oke?


Kisah 6 - Outdoor Games Batch

mukaku paling bersemangat. haha
habis exam, batch aku buat indoor and outdoor games. outdoor games memang aku tertunggu-tunggu sebab dari dulu asyik nak main bola jaring tapi tak jadi-jadi. kali terakhir pun masa Ahlan dulu dengan akak2 senior MM.

bertempat di Nadi Syabab, tak jauh dari rumah aku. Alhamdulillah..walaupun team aku kalah dalam first match tapi I'm really enjoy myself. dah lama sangat tak rasa penat main macam tu. rasa puas. habis saja game, rupa-rupanya ada surprise party untuk seorang kawan aku. dialah yang bersusah payah orgnise game ni. so sebagai penghargaan, kami sambut hari jadinya bersama-sama.

muka-muka comot ahli beytku
part yang paling best masa main baling-baling tepung dengan calit kek pada muka. balik tu masing-masing comot but cute #ehhh? Thanks God, acara penutup tahun ni kira terbaiklah jugak. hari terakhir jumpa mereka tahun ni. entah lepas ni ada lagi tak muka-muka tu dalam kelas nanti. Wallahua3lam...


salam perpisahan daripada kami, GEN5 2012/13



***********

so, that's all for today. dah lama tak menulis, beginilah jadinya. 5 stories in one post. amekk kau..haha.

tujuan aku tulis peristiwa-peristiwa ni bukan ada niat nak buka aib rumahtangga sendiri (baca : kisah rumah sewa aku dengan ahli beyt). tapi sebagai satu kenangan yang boleh berikan semangat dan senyuman bagi yang membaca...

hidup kita ini memang ada pasang surutnya. kejap gembira, kejap berduka. benda-benda yang pahit ni memang susah nak telan pada mulanya. tapi, lama-lama kita akan rasa yang pahit itulah ubatnya. macam memori manusia. setiap orang ada pengalaman masing-masing. terserah kepada diri sendiri sama ada nak cerita pada orang lain atau simpan saja di dalam hati. yang pasti, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. baik yang buruk atau yang baik.

Allah mahu kita belajar dan hayati.

terima kasih kepada insan-insan yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa di atas sama ada secara langsung mahupun tidak. sebenarnya terlalu banyak memori yang tersimpan kemas dalam ingatan. tak semua mampu diluahkan dengan kata-kata mahupun gambar.

cukuplah hanya doa semoga kebahagiaan ini berkekalan.
 
10 days to go.
Till then.

Annaeyongg~

Jun 25, 2013

Tumpang gembira ^_^


Form 6 STAM in memory (2012)

aman mereka datang!

wah, seronok dengar berita sahabat-sahabat stam aku yang berlepas ke Yaman pada hari Ahad yang lalu (hari sama aku tiba di KLIA pulak tuh). Alhamdulillah...dalam ramai-ramai ada 3 orang yang terpilih untuk ke sana. jarang dengar pelajar Malaysia ke sana. kali ni, batch aku ada pula ke sana.

Ahlan fi Mir!

Lepas ni, akan ada pula sahabat-sahabat aku yang akan menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya' seperti aku. ya mungkin berbeza jurusan tapi kita ditempatkan di bumi yang sama. Alhamdulillah..Mabruk kullukum.

jujur aku katakan, seronok. seronok bila dapat tahu ada sahabat berjaya. seronok bila dengar ada sahabat melanjutkan pelajaran ke luar negara. sebagai sahabat dan saudara, aku tumpang gembira. sungguhpun mereka tak kenal aku, aku ingat mereka.

94 Generation in memory (2007-2011)

sahabat sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah tinggi (baca : stam) semua itu sahabat-sahabat yang aku ikut perkembangan mereka secara tidak langsung.

aku ada seorang sahabat, ketika di sekolah menengah, sangat nakal (ramai sebenarnya nakal). dia selalu dapat perhatian cikgu-cikgu sebab perangai dia yang kadang-kadang tak masuk akal. lama-kelamaan, naik ke tingkatan 5 aku nampak sikit demi sikit perubahan dia. dah tak senakal dulu kot. masuk form 6 stam, wah, gaya dah macam ustaz. aku pulak naik segan. sedar-sedar sekarang dah ke luar negara belajar agama. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..


SPM 2011 in memory

you see, kadang-kadang kita tak boleh label seseorang disebabkan siapa dia masa zaman sekolah dulu. dia mungkin budak nakal, tak dengar cakap suatu ketika dulu. but, people may change. setiap manusia akan melalui titik perubahan. cuma kita tak akan tahu bila masanya.

beruntunglah manusia yang mampu berubah kepada kebaikan ketika usia muda!


Samtenian @ Mesir


Samtenian @ Jordan (credit photo)

Ada sahabat aku yang mengeluh. terdengar agak berat keluhannya bila bagitahu aku dia sekadar menyambung pelajaran di dalam negara. dia kata, "dari kecik belajar dalam negara dah puas dah rasa"

lalu aku tanya dia, "puas maksudnya cukup. dah cukup ke ilmu yang kau dapat di Malaysia ni?"

*dush..tertembak ke dahi*

"bukan puaslah...bosan.." dia jawab teragak-agak.

aku tahu apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya. diri terasa inferior bila kawan-kawan ramai ke luar negara sedangkan diri sendiri tidak. impian untuk bermusafir terlalu besar tapi belum ada rezeki. walaupun aku tak berada di tempat dia dan dia..tapi aku tahu.

bukan tak baik belajar dalam negara. banyak kali aku ulang pada diri sendiri. Ilmu Allah ada di mana-mana. kadang-kadang tak perlu pergi jauh untuk cari ilmu. ada kalanya ilmu tu memang dah ada di depan mata. cuma tugas kita sama ada mahu terima ilmu itu ataupun tidak.

memang, jauh perjalanan luas pemandangan. makin jauh kita bermusafir, makin banyak ilmu dan pengalaman kita dapat. tapi yakinlah bila tiba masanya, Allah akan izinkan kita melalui itu semua. just be patience. doa aku bersama kalian.


"kalau bukan sekarang, mungkin tahun atau tahun depan ada rezeki.." aku berbaik sangka.

yes, Allah knows better.

Jun 16, 2013

It is like a dream



Alhamdulillah...Exam has finally ended. Now it's time for summer break. yeay!

okay okay..please cool down and sit back.

DREAMPARK 

rata-rata pelajar Malaysia di Mesir dan penduduk Mesir mesti faham bila disebut nama tempat ni. Kalau kita di Malaysia ada Genting Highland, Mesir pun tak nak kalah jugak dengan aktiviti oudoor seperti ini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk datang dan merasai pengalaman seperti kami, biar saya ceritakan serba sedikit tentang tempat ini dan cara untuk ke sana.

Lokasi 
Drampark terletak dalam lingkungan kawasan perumahan Dreamland, 6th October ( baca : sittah oktober ), Kaherah.. Melalui jalan nak menuju ke Giza.

Waktu operasi
Weekdays - 12 pm to 9 pm
Friday + holidays - 12 pm to 10 pm

Cara ke sana
kalau pergi dalam kumpulan yang ramai, sebaiknya sewa bas ke sana untuk pergi dan balik. cara ini lebih menjimatkan. tapi, jika pergi dalam kumpulan sedikit atau secara individu, boleh naik tremco ke ramsis (ikutlah dari manapun anda datang), akan jumpa dengan satu tempat tremco banyak2 yang menawarkan pengangkutan ke Dreampark. bayaran ke sana di cas 5LE (baca: 5 genih) insyaallah. Kadang-kadang di sini kita akan ditawarkan tiket masuk ke Deampark dengan lebih murah. tapi depend kepada diri sendiri sama ada nak beli kat situ atau bila sampai nanti.

Tiket masuk
Silver ticket (60 LE) - boleh main semua permainan kecuali 7 adult rides games and kids village
Golden ticket (100 LE) - boleh main semua permainan + 5 adult rides (yang berharga 15 LE each)
Platinium ticket (120 LE) - boleh main semua permainan + 6 adult rides

*adult rides: (all games 15 LE)
-roller coaster
-top spin
-shoot 'n drop
-3D simulator
-tornado
-go kart
-7D movie (25 LE)
-discovery (20 LE)
*kids area/kids village (2.5 LE per kid)


creepy - at the entrance of Simulator's hall (Pirates issue)

Kids Village - many games awaits

Intense ~ Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat

Hoyeeah ~~ super dizzy Top Spin



They're floating in the sky ~ awesome!


Jungle splash - get wet here!


Roller Coaster - the extremest game here

insyaallah, anda akan merasai keseronokan dan kepuasan bermain di sini. sangat sangat digalakkan untuk datang ke sini selepas exam (sehari selepas exam lagi bagus). sekadar untuk release tension atau memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berhempas pulas demi peperiksaan.. kalau tak dapat pergi sekali setahun pun, sekali seumur hidup pun tak apa.

syukran kepada sahabat-sahabat yang pergi bersama. It was such a great day after all. Terasa tak sanggup pulak nak balik Malaysia dulu tinggalkan korang... #ehh...tahun depan kita trip ke tempat lain pula ye?

oke, enough photo for today. the excitement cannot be replaced by words and photo.

Go experience them !


#Malaysia aku datang~~this gonna be a tough week.
Allahumma yassir wala tu3assir


Feb 20, 2013

#1 Sederap Selangkah



Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Bait lagu 'Seiring Sehaluan' dendangan kumpulan UNIC menerjah masuk ke telinga Mariah. Setiap kali dia mendengar lagu ini, bibirnya pasti akan mengoyakkan senyuman tanpa disuruh. Memori lama menari-nari di tubir mata. Bagaikan mengalami halusinasi, Mariah ternampak wajah sahabat-sahabatnya yang tersenyum memandangnya menerusi tembok dinding biliknya. 

Bayangan itu berjaya mencuri tumpuan Mariah. Kerja-kerja penulisan artikel untuk laman web ‘Interactive Muslim’ tergendala barang seketika. Mariah mengalihkan cursor mouse komputer ribanya kepada button Windows di bahagian bawah tetingkap. Menekan File ‘Pictures’ kemudian mencari folder ‘Frenemies’. Dua kali ditekan pada folder itu, keluarlah gambar-gambar manusia yang macam-macam ragamnya. 

‘Frenemies’, getus Mariah dalam hati. 

Sekali lagi, bibirnya menguntumkan senyuman. Penuh makna. Dan rindu. 

Bermula dengan gambar beberapa orang pelajar perempuan yang memakai baju sekolah lengkap. Ada yang berbaju kuning, berbaju hijau muda dan berbaju putih. 5 orang pelajar sekolah dalam gambar itu tersenyum, menggambarkan pelbagai aksi. Seorang tiada dalam gambar tersebut yang menjadikan gambar ini kurang sempurna. Walau bagaimanapun, Mariah selaku juru gambar ternyata berpuas hati dengan hasil ‘seni’nya itu. 

“Aidah, Israa’, Fazreen, Jehan dan Wanie,” Mariah menyebut nama seorang demi seorang nama sahabatnya dalam gambar tadi bermula dari kiri. 

Lama merenung gambar pertama, Mariah beralih kepada gambar seterusnya. Wajah Wanie dengan ‘trademark’nya terpapar jelas pada skrin komputer ribanya. 

‘Peace for life.’ Terdengar halus suara Wanie menjengah memasuki gegendang telinga Mariah. Gaya ‘peace’ memang tak pernah lekang daripada diri sahabat yangs seorang itu tatkala mengambil gambarnya. Seboleh-bolehnya dia cuba menyerlahkan kecomelan dirinya. Mariah menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan karenah sahabatnya itu. 

Seterusnya, bertukar kepada gambar Jehan dan Fazreen. Seorang tinggi dan seorang lagi tinggi tapi tak berapa cukup ketinggian. Mariah tergelak kecil. 

‘tapi, apa-apapun gambar ni tetap comel’, puji Mariah dalam hati. 

Gambar keempat, gambar Israa’ sedang menulis sesuatu dalam buku nota. Mungkin dia tidak perasan bila gambar ini diambil. Itulah Israa’, tak boleh berenggang dengan buku. Memang pelajar contoh. Mariah kagum mendapat kawan begitu. 

Dan berikutnya merupakan gambar Mariah bersama-sama Aidah. Merenung gambar itu, fikirannya tiba-tiba diterbangkan ke masa lalu. Peristiwa dua ke tiga tahun ke belakang… 

“Aku ada teka-teki. Situasinya begini. Ada seorang budak ni nak naik bas. Dia ada 50 sen sahaja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Jadi, macam mana dia nak pergi tempat tu?” Mariah mengajukan teka-teki bagi memecahkan kesunyian 6 sahabat itu. Sahabat-sahabat yang tadinya macam mengantuk dan bosan tiba-tiba memandang ke arah Mariah seolah-olah ada tarikan magnet yang kuat. 

“Pinjamlah lagi 10 sen kat orang lain. Apa susah…” Israa’ menjawab dahulu dengan yakin. 

Mariah menggeleng. “Lain?” 

Wanie pula mencuba nasib, “Tak payah naik bas. Jalan kaki je,” 

Yang lain tersengih mendengar jawapan selamba Wanie. 

“Salah..ada sesiapa nak cuba lagi? Aidah?” Mariah angkat keningnya 2 kali. Aidah menggelengkan kepalanya lambat-lambat. 

“senang je, budak tu cuma perlu buat muka seposen pada pemandu bas tu. 50 sen tambah 10 sen kan 60 sen. haha,” Mariah tergelak besar. Israa’ membaling pen yang berada di tangannya ke arah Mariah. Aidah yang berada di sebelah Mariah cepat-cepat menarik pipi Mariah yang tidak segebu mana itu. Tak puas hati dengan teka teki yang tak masuk akal tadi. 

“Bunyi macam nak peril aku je tu,” kata Aidah, geram. Habis merah pipi Mariah ‘dikerjakannya’. 

Pipi kanan Mariah terasa hangat tidak semena-mena. Terasa seperti baru sekejap tadi pipinya menjadi mangsa ‘cubitan manja’ sahabatnya, Aidah. Dia tersenyum lagi. Dan lagi. 

Rindu. 

Satu kalimah yang tak perlu dilafazkan kerna ia lahir daripada hati. 

Dua tahun tak ketemu, terasa ada ruang perpisahan yang sangat lama. Masing-masing terpisah jauh bagi membawa haluan perjalanan hidup sendiri. Dipisahkan merentasi beberapa benua. Tiga orang di Mesir, seorang di Jordan, manakala dua lagi di Malaysia. 

Bukan mudah untuk mempertahankan ukhuwwah yang telah terjalin erat ketika zaman persekolahan dulu. Lagi-lagi apabila sudah berjauhan begini. Kalau dulu, boleh lakukan pelbagai perkara bersama-sama. Sentiasa ada peneman ke hulu dan ke hilir. Ada insan yang boleh menegur dan memimpin dari tepi. Ada orang yang sanggup menghulurkan tangan memberi bantuan. 

Tapi sejak menamatkan zaman sekolah dan terbang ke Timur Tengah, segala-galanya seperti sudah berubah. Kebergantungan kepada manusia lain makin berkurang, fikir Mariah. Setiap perkara perlu dilakukan sendiri. Perlu berdikari. Dan kebanyakan masa, dia merasakan dirinya semakin lalai dan hanyut. Tiada lagi individu yang menegur dan menasihatinya setiap masa, seperti dulu. 

Lama-kelamaan, Mariah bangkit semula dengan bantuan dan semangat yang disalurkan oleh sahabat-sahabatnya. Walaupun jauh, hubungan mereka masih diteruskan di alam maya. Mereka saling bertukar-tukar pendapat, masalah, nasihat, idea dan pengalaman tentang pelbagai perkara. Secara tidak langsung, ukhuwah jarak jauh ini menjadi satu bulatan gembira yang dinamakan usrah. 

“Kenapa panggil Frenemies?” Jehan bertanya hairan. Mariah tersenyum. 

“Frenemies stand for friends and enemies. Korang semua ni kawan aku dan dalam waktu yang sama, musuh aku,” terang Mariah. Jehan mengerutkan dahinya. 

“Musuh? Kita orang musuh kau? Biar betul, yah…” Jehan tidak puas hati. 

“Musuh yang menyedarkan aku daripada lena. Musuh yang mencabar aku melakukan lebih daripada yang aku mampu. Dan musuh yang mengajarkan aku erti sabar dan kemaafan,” kiasan Mariah membawa maksud yang mendalam. 

“Lagipun, aku kan pernah ‘anti’ korang dulu. Tapi tak sangka lama-lama berkawan akhirnya aku boleh get along dengan korang semua sampai sekarang, “ tambah Mariah lagi sambil tersengih-sengih. 

“Kalau kawan pula?” Jehan sekadar ingin menduga sahabatnya itu. 

“Kawan yang sentiasa memberi sokongan, nasihat, teguran dan semangat. Mendoakan kita dengan kebaikan selalu. Dan menghargai ukhuwwah dan persahabatan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabatnya..” jelas Mariah dengan raut wajah yang bahagia. 

Terbayang wajah-wajah pemberi inspirasi dalam hidupnya satu per satu. 

Moga Allah terus tautkan hati-hati kami. 

Kerana, bertemu dan berpisahnya kami kerana Allah.

Feb 7, 2013

Melayari Bahtera Ithar

Jaulah Hurghada ~ Winterbreak'13
"Melayari Bahtera Ithar"

"Abdullah ibn Mas'ud menceritakan bahawa, apabila Ikrimah ibn Abu Jahal gugur dalam peperangan Yarmouk, ada lelaki yang memberikannya air. 

tetapi belum sempat air itu diteguknya, kedengaran suara Suhail ibn Amr meminta air pula. Ikrimah berkata, 'berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan air itu lebih daripada diriku.'

kemudian, apabila pembawa air itu sampai kepada Suhail, kedengaran pula suara Haris ibn Hisyam. ketika itu, Suhail berkata, 'berikanlah air ini kepadanya, mungkin dia lebih memerlukannya.' 

kemudian pembawa air itu bergerak kepada Haris. sayangnya, dia mendapati Haris telah meninggal dunia. 

kemudian dia kembali kepada Suhail, dan beliau juga telah meninggal dunia.

lalu dia kembali kepada Ikrimah pula. Ikrimah juga sudah tiada lagi di dunia ini...."


apa yang anda boleh simpulkan daripada kisah para sahabat r.a ini? ada rasa sesuatu..??

apa yang digambarkan di dalam kisah di atas, itulah Ithar. aras tertinggi bagi sesuatu ukhuwah.

Ithar merupakan sifat mementingkan orang lain melebihi diri sendiri. bukan senang nak tanamkan sifat ni dalam diri sendiri. hatta, dengan kawan rapat kita sejak tadika sampai masuk universiti sekalipun belum tentu kita mampu menghasilkan baja ithar ini. 

Formulanya, iman

dengan iman, kita yakin dengan janji Allah. kita melakukan sesuatu semata-mata mengharapkan redha Allah. biarlah diri ini kurang asalkan orang lain berbahagia dengan kelebihan yang kita kongsikan. begitulah sebaik-baik persahabatan di dalam Islam.

banyak, dibahagi-bahagikan. sedikit, dikongsi bersama.

bahagia, dirai bersama. berduka, turut sama terasa.

banyak kisah pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a yang boleh kita ambil contoh dan hayati. persahabatan Rasulullah dengan Sayidina Abu Bakr r.a antara yang menarik perhatian aku. ingat lagi kisah hijrah Rasulullah ke Madinah bersama-sama Abu Bakr r.a? kalau ingat, anda pasti tidak akan lupa tentang Abu Bakr r.a yang dipatuk ular semata-mata tidak mahu mengganggu tidur Rasulullah di dalam gua thur.

subhanaAllah....indahnya bersahabat begitu!

akhirnya, saya tinggalkan anda dengan ayat cinta daripadaNya. moga dengannya, ada hati yang tertembak. insyaallah ^__^

"pada hari itu, sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
[Az-Zukhruf : 67]

sama-samalah kita memimpin tangan menuju ke Syurga-Nya, bukan tarik-menarik masuk ke lubang Neraka. na'uzubillah...ya sohabati, uhibbukumfillah!