Jun 25, 2013

Tumpang gembira ^_^


Form 6 STAM in memory (2012)

aman mereka datang!

wah, seronok dengar berita sahabat-sahabat stam aku yang berlepas ke Yaman pada hari Ahad yang lalu (hari sama aku tiba di KLIA pulak tuh). Alhamdulillah...dalam ramai-ramai ada 3 orang yang terpilih untuk ke sana. jarang dengar pelajar Malaysia ke sana. kali ni, batch aku ada pula ke sana.

Ahlan fi Mir!

Lepas ni, akan ada pula sahabat-sahabat aku yang akan menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya' seperti aku. ya mungkin berbeza jurusan tapi kita ditempatkan di bumi yang sama. Alhamdulillah..Mabruk kullukum.

jujur aku katakan, seronok. seronok bila dapat tahu ada sahabat berjaya. seronok bila dengar ada sahabat melanjutkan pelajaran ke luar negara. sebagai sahabat dan saudara, aku tumpang gembira. sungguhpun mereka tak kenal aku, aku ingat mereka.

94 Generation in memory (2007-2011)

sahabat sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah tinggi (baca : stam) semua itu sahabat-sahabat yang aku ikut perkembangan mereka secara tidak langsung.

aku ada seorang sahabat, ketika di sekolah menengah, sangat nakal (ramai sebenarnya nakal). dia selalu dapat perhatian cikgu-cikgu sebab perangai dia yang kadang-kadang tak masuk akal. lama-kelamaan, naik ke tingkatan 5 aku nampak sikit demi sikit perubahan dia. dah tak senakal dulu kot. masuk form 6 stam, wah, gaya dah macam ustaz. aku pulak naik segan. sedar-sedar sekarang dah ke luar negara belajar agama. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..


SPM 2011 in memory

you see, kadang-kadang kita tak boleh label seseorang disebabkan siapa dia masa zaman sekolah dulu. dia mungkin budak nakal, tak dengar cakap suatu ketika dulu. but, people may change. setiap manusia akan melalui titik perubahan. cuma kita tak akan tahu bila masanya.

beruntunglah manusia yang mampu berubah kepada kebaikan ketika usia muda!


Samtenian @ Mesir


Samtenian @ Jordan (credit photo)

Ada sahabat aku yang mengeluh. terdengar agak berat keluhannya bila bagitahu aku dia sekadar menyambung pelajaran di dalam negara. dia kata, "dari kecik belajar dalam negara dah puas dah rasa"

lalu aku tanya dia, "puas maksudnya cukup. dah cukup ke ilmu yang kau dapat di Malaysia ni?"

*dush..tertembak ke dahi*

"bukan puaslah...bosan.." dia jawab teragak-agak.

aku tahu apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya. diri terasa inferior bila kawan-kawan ramai ke luar negara sedangkan diri sendiri tidak. impian untuk bermusafir terlalu besar tapi belum ada rezeki. walaupun aku tak berada di tempat dia dan dia..tapi aku tahu.

bukan tak baik belajar dalam negara. banyak kali aku ulang pada diri sendiri. Ilmu Allah ada di mana-mana. kadang-kadang tak perlu pergi jauh untuk cari ilmu. ada kalanya ilmu tu memang dah ada di depan mata. cuma tugas kita sama ada mahu terima ilmu itu ataupun tidak.

memang, jauh perjalanan luas pemandangan. makin jauh kita bermusafir, makin banyak ilmu dan pengalaman kita dapat. tapi yakinlah bila tiba masanya, Allah akan izinkan kita melalui itu semua. just be patience. doa aku bersama kalian.


"kalau bukan sekarang, mungkin tahun atau tahun depan ada rezeki.." aku berbaik sangka.

yes, Allah knows better.

0 talks:

Post a Comment