Jun 24, 2013

Berapa lama lagi kita mampu berjalan?

Inalillahiwa inna ilahiraji'un...

Baru-baru ini, sahabat-sahabat saya yang berada di Jordan mengkhabarkan tentang Tragedi kemalangan di Jordan yang melibatkan pelajar Malaysia di Jordan dan UK.

pada mulanya saya fikir ia sekadar kemalangan biasa, tiada kemalangan jiwa berlaku. ternyata saya silap. 2 nyawa telah terkorban. Seorang pelajar dari UK sementara seorang lagi bayi perempuan yang masih dalam kandungan ibunya yang turut menjadi mangsa kemalangan. 3 lagi mangsa cedera parah.

Allah Allah.

sedih baca kisah tragedi ini daripada sahabat mangsa kemalangan. sebak tiba-tiba.

saya mungkin tidak mengenali individu-individu ini. tapi saya dapat merasakan beratnya ujian yang mereka tempa. kadang-kadang diri ini terasa terpukul dengan kejadian yang terjadi. mereka bermusafir, saya juga bermusafir. macam-macam boleh berlaku dalam tempoh musafir ini.

Ajal, itu rahsia Allah.

kita tak pernah tahu di bumi mana kita akan mati. saat dan ketika mana kita akan mati. dan bersama-sama siapa ketika kita mati nanti.



Firman Allah S.WT mafhumNya:

"Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."

[ Yunus : 49 ]




Kita selalu fikir perjalanan kita masih panjang. tapi kita sering terlupa bahawa mati itu dekat. sangat dekat. walaupun kita masih muda, kita terasa banyak perkara yang kita boleh dan belum kita lakukan. sedarlah bahawa bila-bila masa sahaja Allah boleh memanggil kita.

Seorang sahabat bertanya, 
Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah.
Nabi s.a.w lalu bersabda : Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur.
Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa.
Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul.” 

(HR Ath-Thabrani)


teringat satu kata-kata daripada sahabat saya dahulu, 'Allah tak ambil nyawa orang yang kita sayang mungkin kerana kita belum bersedia lagi. tapi yakinlah, ketika Allah memanggil mereka pergi, ketika itu kita sebenarnya sudah bersedia.'

tertembak sedikit ke dalam hati.

saya masih belum rasa kehilangan orang terdekat atau orang yang saya sayang. jadi, saya mungkin masih belum bersedia. tapi siapalah diri ini untuk mengatakan sudah bersedia atau tidak. sedangkan kematian itu kita tak dapat duga, tak dapat halang. 

sama ada kita terpaksa pergi dulu. atau kita yang ditinggalkan dahulu.

Only Allah knows.

Al-Fatihah buat mereka yang telah mendahului.


Nisfu Sya'aban, open new book.
 Ramadhan, recharge our Iman

0 talks:

Post a Comment