Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Jul 14, 2013

Aku sudah cukup berada. percayalah.

"Kamu pergi Mesir ni atas tajaan apa-apa ke?"

"herm...tajaan sepenuhnya oleh FAMA." jawabku berkias.

"oh, orang yang pergi sendiri ni hanya untuk orang yang ber-a-da je.."

dah beberapa kali jugak aku dengar orang cakap macam ni. sampai aku sendiri malas nak berkata apa-apa. saya tak BERADA, pak cik. saya cuma ADA duit lebih sedikit untuk pergi belajar. itu pun setelah mak ayah saya berhempas pulas cari rezeki setiap hari.

kalaulah orang lain boleh menyedari hakikat itu...

Dari kecil, aku dibesarkan secara sederhana. Aku tak pernah menganggap kehidupan keluarga aku mewah, cukup serba-serbi. Umi aku bukan jenis memanjakan aku adik-beradik dengan mengikuti segala kemahuan kami. Umi selalu meletakkan had untuk sesuatu yang kami mahukan.

tapi, jarang sekali kami rasa tak cukup. 

semua ada walaupun tak banyak, tak canggih, tak mewah.

sifat sederhana yang umi abah didik kami dari kecil sampai sekarang ni lah yang membuatkan aku bersyukur dengan apa yang sedikit apatah lagi yang banyak. 

Hidup ini memang ada pasang surutnya. kadang kita susah kadang kita senang.

kadang-kadang kita tengok orang 'berada' ni...rumah mereka mewah, kereta hebat, gadget tak kalah canggihnya..tapi realitinya, indah khabar dari rupa. boleh jadi, duit nak beli petrol kereta pun tak cukup. kalau betul kaya sekalipun, belum tentu mereka kaya jiwa. hati kosong. sentiasa rasa tidak cukup walau sebenarnya sudah lebih dari cukup.

adapun orang yang kita pandang hidup mereka susah, mereka sebenarnya jauh lebih selesa dan bahagia daripada kita. yang sedikit itu mampu dipandang banyak. yang banyak rasa tak sanggup nak mengambilnya semua.

berbalik kepada keluarga aku, aku bersyukur dengan kesederhanaan kami. ya, ada kalanya kami tak mampu beli apa yang kami mahu. hati ini sering kali memberontak "bilalah aku nak dapat apa yang aku nak.." hakikatnya bukan tak mampu, tapi kami mengutamakan apa yang lebih perlu.


Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.

ya, segala-galanya yang kami perlu, Allah sediakan. apa-apa yang kami mahu, Allah bukan tak bagi tapi Dia tangguhkan buat mereka yang sabar. aku yakin, bila sampai masanya, Allah akan bagi. Bila yang mahu itu jadi perlu.

boleh aku katakan, umi aku sangat pemurah. pantang tengok kawan susah, mesti akan cuba tolong. ada kalanya aku nak saja cakap pada umi, "Umi, tak payahlah pinjamkan duit dekat orang dah. kita ni pun bukannya cukup sangat." tapi ayat itu ku simpan di dalam hati. tak mampu nak melawan bila umi cakap, "Umi tak boleh lah. asal ada duit dalam beg umi, umi tak sanggup cakap tak ada duit untuk tolong."

Lalu aku teringat satu hadith Rasulullah:



Oh, besarnya pengorbanan seorang sahabat demi saudara seIslamnya. tapi sedih bila menyedari ada beberapa pihak yang kurang senang dan kurang menghargai keihklasan bantuan umiku itu. 

satu hal yang aku sedar. bila kita bantu orang, Allah akan bantu kita. Buktinya, atas bantuan umi, pekerjaan umi dipermudahkan Allah. Alhamdulillah, Allah balas pertolongan itu dengan pertolonganNya, sesuai dengan janjiNya menerusi hadith in:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
 “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya” 
[ HR Muslim ]

Ramadhan ini, aku lihat kehidupan daripada perspektif yang berbeza. status kita mungkin berbeza-beza, namun itu tak boleh menjadikan kita bongkak dan takabbur andai ditaburi kesenangan atau kecewa dan berputus asa andai hidup dihiasi kesusahan.

sebagai penutup, mari kita hayati pesanan dan kata-kata daripada Prof Hamka ini:

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! 
Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian. 

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! 
Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah kamu dustakan?" 
[ Ar-Rahman ] 

Jun 26, 2013

Muda Haybat


Baru-baru ni heboh di facebook pasal Fatih Sefaragic datang Malaysia. Alhamdulillah...nampaknya Malaysia masih mengalu-alukan 'selebriti muda' itu ke sini. ingatkan jemput JK je. oke, forget it.

Saya mula mengenali nama tersebut pada awal tahun ini bila seorang ahli beyt saya kenalkan. dia suruh bukak Youtube dan taip nama tersebut. terbeliat jugak lidah masa nak sebut nama dia masa mula-mula dengar dulu. but once I heard his Al-Quran's recitation, I felt blown off. His recitation was amazing. tapi tak boleh kalahkan bacaan Syeikh Masyari yang saya kagumi tu.

lepas dengar bacaan Fatih Sefaragic tu terus stalk official facebook dia. Baru tahu, dia ada buat kelas mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dan tak lama selepas itu jugak, saya tahu fakta baru. he is younger than me. At first, I was kinda shock. Seriously, muda setahun?

Kagum.

Kagum kerana usianya yang masih muda tapi mampu menjadi sehebat itu. Mampu menghafaz Al-Quran dengan baik. Mampu menjadi Imam kepada bangsanya seawal usia belasan tahun ini.

Fatih Sefaragic membuatkan saya teringat pada Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menakluk kota Constantinople suatu masa dahulu. Ketika itu Sultan Al-Fateh baru berusia 19 tahun, tapi mampu memimpin angkatan perangnya dan menjadi sultan/pemimpin negara termuda dalam sejarah Islam. SubhanaAllah!

Semoga lahir lagi golongan seperti Al-Fateh ini pada generasi akan datang..inshaAllah..

Saya tahu, ramai yang meminati Fatih Sefaragic tu. Kalau anda salah seorang daripada peminatnya, tahniah saya ucapkan. baguslah anda meminati dia daripada artis entah mana-mana. Tapi yang menjadi persoalannya, anda minat dia sebab apa? rupa dia? suara dan bacaan dia? sikap dia? agama dia? atau bangsa dia?

Tepuk dada, tanya hati.

Kadang-kadang soal rupa yang menjadi minat nombor satu berbanding sebab lain. kalau betul sebab rupa, nampaknya kita telah tersasar niat dan tujuan. Kalau minat kerana bacaannya, Alhamdulillah...kerana itu ertinya hati kita semakin suka dengan kalam-kalam suci ar-Rabb kita. tapi awas. jangan rasa terlalu asyik dengan suara sampai tidak fokus dengan ayat yang dibacakannya.

Point saya bercakap tentang Fatih Sefaragic ni bukan kerana saya mengagumi dan meminatinya semata-mata. tapi saya nak membuka mata masyarakat untuk melihat generasi Muda Haybat yang ada ketika ini. salah seorangnya ialah Al-Hafiz Fatih. hebatnya beliau kerana mampu meninggikan kalimah Allah lalu menarik ramai orang mendengar kalimah suci itu dengan alunan suaranya. Itu anugerah Allah buat dirinya.

Adik Zaid - salah seorang finalis Adik-Adikku

Lagi satu, saya tertarik dengan rancangan Adik-adikku di TV1 tahun-tahun lepas. kagum bila melihat petahnya adik-adik sekolah rendah berpidato dihadapan ribuan penonton. personally saya katakan, saya tak mungkin dapat lakukan seperti mereka. keyakinan dan semangat mereka sangat mantap sampai saya rasa dunia saya lebih kecil daripada adik-adik kecil itu. Mereka juga Muda Haybat. 

Lalu kita yang masih muda ini bagaimana? sudah menjadi sehebat Fatih? atau hanya berangan-angan untuk menjadi artis tanah air yang dipuja-puja rakyat negara ini sendiri? atau sekadar ingin menjadi manusia biasa-biasa tanpa mahu dikenali manusia di luar sana?

Allah. Allah. Allah.

Waktu muda waktu berharga. waktu inilah kita perlu melakukan keputusan dengan tepat. waktu inilah kita boleh mencuba segala hal yang kita mahukan (selagi menapati syara'). waktu inilah kita membina segenap keyakinan dan menimba pengetahuan untuk digunakan pada masa hadapan.

Ayuh, jadi Muda Haybat sekarang!



*jom sertai TeenACE program anjuran LangitIlahi.com. insyaallah, anda akan menemui Fatih di sana!

Jun 16, 2013

5 Things you need to know about Egyptian

highway @ Cairo
Bismillah..

beberapa minggu yang lepas, ada seorang junior sekolah saya tanya, apa persediaan untuk ke Mesir? dan ini merupakan apa yang saya lupa share pada dia.. harap membantu memberi serba sedikit gambaran tentang suasana di Mesir.

Berikut merupakan 5 Perkara yang anda perlu tahu tentang orang-orang Mesir (daripada kaca mata seorang foreigner seperti saya):

1. Beri salam
seperti yang kita semua tahu, penduduk Mesir rata-ratanya beragama Islam. jadi, kita boleh lihat suasana Islam itu di sini. salah satunya amalan memberi salam. Bila masuk kedai beri salam, keluar kedai pun mungkin beri salam. Masuk teksi beri salam. Naik tremco bagi salam. adakalanya orang yang tak kenal pun mereka beri salam. 

Pernah satu ketika, saya ditegur oleh pemandu teksi sebab tak bagi salam masa masuk ke dalam teksinya. nampak tak, betapa amalan memberi salam itu dipraktikkan dengan baik di sini...susah nak jumpa di Malaysia ni..

2. Solat
Di mana-mana pun mereka boleh tunaikan solat asal tahu arah qiblat. Pernah sekali tu saya perhatikan, seorang pak cik yang buka kedai depan pintu masuk gama3ah, ambil wuduk dengan air mineral botolnya lalu solat di sebelah kedainya. beliau langsung tak pedulikan orang lalu lalang dan kedainya yang terbiar tidak terjaga. kagum bila tengok.

berbanding dengan Malaysia, selagi tak jumpa masjid atau surau dan tempat ambil wuduk selagi tu tak solat agaknya. mungkin kita perlu ubah sikap tu.

3. Sikap di jalan raya
jalan raya di sini umpama litar lumba. seolah-olah tak ada peraturan jalan raya langsung di Mesir ini. sangat susah untuk jumpa traffic light di sini..jadi, sesuka hati mereka je nak drive kereta macam mana, laju mana sekalipun. asal tak berlanggar dengan kereta orang lain sudah. tapi anehnya, walau betapa ekstrem orang Mesir memandu, amat jarang untuk nampak atau dengar tentang kemalangan jalan raya berlaku. agaknyalah kalau orang Mesir memandu kat jalan raya Malaysia, mesti banyak yang dah kena saman kaw-kaw dengan polis trafik Malaysia..

Satu perkara yang agak 'annoying' saya rasa apabila mereka memandu kereta ialah amalan mengehon kenderaan..kalau di Malaysia, hon sikit je orang dah sensitif. tapi berbeza di Mesir, hon itu ibarat lampu signal yang memberi isyarat kepada orang lain. yang tak fahamnya, kadang-kadang mereka hon suka-suka tanpa sebab. Nak tak nak terpaksa redha dengan bunyi hon yang sahut-sahutan di jalan raya. 

4. Bergaduh
orang kata, Mesir ni ada 2 golongan manusia. yang baik, baik sangat macam Nabi Musa. yang jahat, jahat sangat macam Fir'aun. nak dikatakan di sini, walaupun orang Mesir ni ada yang baik, peramah, ada jugak yang mudah tempered dan kurang berhemah. saya pernah menyaksikan beberapa adegan pergaduhan (perang mulut) di dalam bas. baru-baru ini, pemandu bas bergaduh dengan penumpangnya gara-gara duit tambang 8 LE sahaja. tak tahu sangat apa yang penumpang tu nak, tapi akhirnya penumpang tu turun dari bas dengan marah. 

orang Mesir ni bila gaduh terang-terangan. suara mereka yang manis dan lembut bila bercakap dengan orang Malaysia boleh bertukar jadi sangat kuat bak halilintar (berdesing telinga dengar) bila bergaduh dengan bangsa mereka sendiri. sangat menakutkan jugaklah.

5. Etika berniaga
Kalau anda datang ke Mesir, perkara yang wajib dilakukan ialah shopping. untung sebenarnya shopping di Mesir memandangkan nilai mata wangnya yang agak rendah berbanding Malaysia. destinasi shopping yang berbaloi di kawasan Kaherah ialah Husin/Atabah. tempat ni boleh dianggap sebagai one-stop center yang ada jual jubah, tudung, souvenir, makanan, minyak wangi dan sebagainya. yang menariknya, orang Mesir yang menjual di tempat-tempat sebegini boleh bercakap beberapa patah perkataan bahasa Melayu seperti "mari beli", "lima genih" atau "harga murah, murah". nampak sangatlah nak cuba tarik pelanggan Melayu di situ..

Oh ye, untuk shopping di tempat-tempat macam ni kena ada caranya. sebaiknya jangan tawar-menawar harga dengan penjual kalau kita tak berniat nak beli barang tersebut. sebab at the end dia akan marah kita kenapa tak beli bila dah dia tawarkan harga seperti yang kita nak. jadi, jika anda betul-betul berminat membeli barangan yang dijual, cuba minta harga paling rendah yang kita mahukan. walaupun mungkin kita tak dapat harga betul-betul seperti yang kita harapkan, tapi biasanya penjual akan consider beli harga yang rendah sesuai dengan kemampuan kita.


Egyptian and Malaysia unite - Global March to Jerusalem 2013

Apa yang saya kongsikan di sini sekadar cetusan rasa yang terbit daripada pemerhatian sendiri dalam tempoh kurang setahun di sini. pengalaman setiap orang berbeza-beza. pendapat mungkin lain-lain. jadi terserah kepada anda mahu simpulkan bagaimana.

langsung tidak bermaksud nak merendah-rendahkan orang Mesir apatah lagi mengagung-agungkan mereka. cuma mana-mana yang baik kita jadikan pedoman. yang buruk, kita ambil ibrah dan perbaiki masyarakat kita.

'alakullihal..allahumma yubarik fik! 

Jun 12, 2013

Semakin banyak ilmu, semakin kurang mengkafirkan orang



Situasi 1 

"Dah niat puasa hari ni belum?"
"Dah, dalam hati"
"Eh, tak sahlah. kena sebut bila niat tu"

Situasi 2

"Hish, apalah orang tu. makan tak baca doa. nak makan dengan syaitan agaknya"
"mana ada...entah-entah dia baca dalam hati je."

pernah atau tidak anda menghadapi situasi di atas? mungkin ada yang pernah. situasi ini berlaku kerana masyarakat kita, terlalu mudah menghukum orang. mari kita lihat masalah di atas satu persatu

Situasi 1 

Kita mengaggap niat itu perlu dan wajib dilafazkan. hakikatnya, bukan lafaz niat yang mengesahkan sesuatu ibadah tetapi niat di dalam hati itu yang utama. dalam kata lain, sebenarnya sudah memadai jika kita hanya niat di dalam hati tanpa melafazkan niat tersebut dan ibadah itu sudah menjadi sah. lafaz niat hanya bertujuan untuk mentakkidkan atau menambah keyakinan terhadap niat di dalam hatinya.

jika niat yang kita lafazkan salah, tapi di dalam hati betul, sudah dikira sah ibadah yang ingin dikerjakan. sebagai contoh, Ali ingin mengerjakan solat Maghrib. ketika dia mengangkat takbiratul ihram, dia melafazkan niat, "sahaja aku solat subuh 3 rakaat" atau "sahaja aku solat fardu maghrib 4 rakaat" tetapi di dalam hatinya dia tahu dia ingin menunaikan solat Maghrib dengan 3 rakaat, maka sah solatnya ketika itu.

Situasi 2

Membaca doa sebelum makan adalah sunat. memulai dengan bacaan bismillah sahaja sudah memadai. sekalipun seseorang itu terlupa membaca bismillah atau doa makan, dia boleh sekadar baca doa ini:


Dari Aisyah r.ah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca 'bismillah'. Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca 'bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi'." 
(HR. Ahmad, al Tirmidzi, dan Ibnu Majah)


seperti niat, doa juga tidak semestinya harus dilafazkan secara terang-terangan dengan mengangkat (menadah) tangan. doa itu semudah menyebut D.O.A - cukup dibaca di dalam hati.




dua situasi di atas sekadar contoh. ada lagi perkara lain yang kita terlepas pandang. contohnya perbezaan mazhab. bila nampak perempuan tak pakai stoking masa solat, kita terus menghukum solatnya tidak sah kerana tidak menutup aurat. siapa tahu, perempuan tersebut barangkali daripada mazhab Hanafi yang tidak mewajibkan menutup kaki ketika solat sepertimana Mazhab kita, Mazhab Syafie...

Perkara-perkara seperti ini merupakan antara perkara asas yang semua orang Islam patut tahu dan cakna. kadang-kadang disebabkan benda-benda kecil, kita mudah menghukum dan mengkafirkan orang lain. hakikatnya, yang silap adalah diri kita yang masih cetek dan jahil ilmu agama...

Konklusinya, Islam itu mudah. tapi Muslim itulah yang menyusahkannya. 

Sebab itu kita perlu belajar dan belajar lagi. ilmu Allah ini terlalu luas. jangan terlalu mengejar ilmu dunia sampai kita terlupa dan tertinggal ilmu akhirat. Semoga kita sama-sama mampu perbaiki diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah....