Jun 16, 2013

5 Things you need to know about Egyptian

highway @ Cairo
Bismillah..

beberapa minggu yang lepas, ada seorang junior sekolah saya tanya, apa persediaan untuk ke Mesir? dan ini merupakan apa yang saya lupa share pada dia.. harap membantu memberi serba sedikit gambaran tentang suasana di Mesir.

Berikut merupakan 5 Perkara yang anda perlu tahu tentang orang-orang Mesir (daripada kaca mata seorang foreigner seperti saya):

1. Beri salam
seperti yang kita semua tahu, penduduk Mesir rata-ratanya beragama Islam. jadi, kita boleh lihat suasana Islam itu di sini. salah satunya amalan memberi salam. Bila masuk kedai beri salam, keluar kedai pun mungkin beri salam. Masuk teksi beri salam. Naik tremco bagi salam. adakalanya orang yang tak kenal pun mereka beri salam. 

Pernah satu ketika, saya ditegur oleh pemandu teksi sebab tak bagi salam masa masuk ke dalam teksinya. nampak tak, betapa amalan memberi salam itu dipraktikkan dengan baik di sini...susah nak jumpa di Malaysia ni..

2. Solat
Di mana-mana pun mereka boleh tunaikan solat asal tahu arah qiblat. Pernah sekali tu saya perhatikan, seorang pak cik yang buka kedai depan pintu masuk gama3ah, ambil wuduk dengan air mineral botolnya lalu solat di sebelah kedainya. beliau langsung tak pedulikan orang lalu lalang dan kedainya yang terbiar tidak terjaga. kagum bila tengok.

berbanding dengan Malaysia, selagi tak jumpa masjid atau surau dan tempat ambil wuduk selagi tu tak solat agaknya. mungkin kita perlu ubah sikap tu.

3. Sikap di jalan raya
jalan raya di sini umpama litar lumba. seolah-olah tak ada peraturan jalan raya langsung di Mesir ini. sangat susah untuk jumpa traffic light di sini..jadi, sesuka hati mereka je nak drive kereta macam mana, laju mana sekalipun. asal tak berlanggar dengan kereta orang lain sudah. tapi anehnya, walau betapa ekstrem orang Mesir memandu, amat jarang untuk nampak atau dengar tentang kemalangan jalan raya berlaku. agaknyalah kalau orang Mesir memandu kat jalan raya Malaysia, mesti banyak yang dah kena saman kaw-kaw dengan polis trafik Malaysia..

Satu perkara yang agak 'annoying' saya rasa apabila mereka memandu kereta ialah amalan mengehon kenderaan..kalau di Malaysia, hon sikit je orang dah sensitif. tapi berbeza di Mesir, hon itu ibarat lampu signal yang memberi isyarat kepada orang lain. yang tak fahamnya, kadang-kadang mereka hon suka-suka tanpa sebab. Nak tak nak terpaksa redha dengan bunyi hon yang sahut-sahutan di jalan raya. 

4. Bergaduh
orang kata, Mesir ni ada 2 golongan manusia. yang baik, baik sangat macam Nabi Musa. yang jahat, jahat sangat macam Fir'aun. nak dikatakan di sini, walaupun orang Mesir ni ada yang baik, peramah, ada jugak yang mudah tempered dan kurang berhemah. saya pernah menyaksikan beberapa adegan pergaduhan (perang mulut) di dalam bas. baru-baru ini, pemandu bas bergaduh dengan penumpangnya gara-gara duit tambang 8 LE sahaja. tak tahu sangat apa yang penumpang tu nak, tapi akhirnya penumpang tu turun dari bas dengan marah. 

orang Mesir ni bila gaduh terang-terangan. suara mereka yang manis dan lembut bila bercakap dengan orang Malaysia boleh bertukar jadi sangat kuat bak halilintar (berdesing telinga dengar) bila bergaduh dengan bangsa mereka sendiri. sangat menakutkan jugaklah.

5. Etika berniaga
Kalau anda datang ke Mesir, perkara yang wajib dilakukan ialah shopping. untung sebenarnya shopping di Mesir memandangkan nilai mata wangnya yang agak rendah berbanding Malaysia. destinasi shopping yang berbaloi di kawasan Kaherah ialah Husin/Atabah. tempat ni boleh dianggap sebagai one-stop center yang ada jual jubah, tudung, souvenir, makanan, minyak wangi dan sebagainya. yang menariknya, orang Mesir yang menjual di tempat-tempat sebegini boleh bercakap beberapa patah perkataan bahasa Melayu seperti "mari beli", "lima genih" atau "harga murah, murah". nampak sangatlah nak cuba tarik pelanggan Melayu di situ..

Oh ye, untuk shopping di tempat-tempat macam ni kena ada caranya. sebaiknya jangan tawar-menawar harga dengan penjual kalau kita tak berniat nak beli barang tersebut. sebab at the end dia akan marah kita kenapa tak beli bila dah dia tawarkan harga seperti yang kita nak. jadi, jika anda betul-betul berminat membeli barangan yang dijual, cuba minta harga paling rendah yang kita mahukan. walaupun mungkin kita tak dapat harga betul-betul seperti yang kita harapkan, tapi biasanya penjual akan consider beli harga yang rendah sesuai dengan kemampuan kita.


Egyptian and Malaysia unite - Global March to Jerusalem 2013

Apa yang saya kongsikan di sini sekadar cetusan rasa yang terbit daripada pemerhatian sendiri dalam tempoh kurang setahun di sini. pengalaman setiap orang berbeza-beza. pendapat mungkin lain-lain. jadi terserah kepada anda mahu simpulkan bagaimana.

langsung tidak bermaksud nak merendah-rendahkan orang Mesir apatah lagi mengagung-agungkan mereka. cuma mana-mana yang baik kita jadikan pedoman. yang buruk, kita ambil ibrah dan perbaiki masyarakat kita.

'alakullihal..allahumma yubarik fik! 

0 talks:

Post a Comment