"Kamu pergi Mesir ni atas tajaan apa-apa ke?"
"herm...tajaan sepenuhnya oleh FAMA." jawabku berkias.
"oh, orang yang pergi sendiri ni hanya untuk orang yang ber-a-da je.."
dah beberapa kali jugak aku dengar orang cakap macam ni. sampai aku sendiri malas nak berkata apa-apa. saya tak BERADA, pak cik. saya cuma ADA duit lebih sedikit untuk pergi belajar. itu pun setelah mak ayah saya berhempas pulas cari rezeki setiap hari.
kalaulah orang lain boleh menyedari hakikat itu...
Dari kecil, aku dibesarkan secara sederhana. Aku tak pernah menganggap kehidupan keluarga aku mewah, cukup serba-serbi. Umi aku bukan jenis memanjakan aku adik-beradik dengan mengikuti segala kemahuan kami. Umi selalu meletakkan had untuk sesuatu yang kami mahukan.
tapi, jarang sekali kami rasa tak cukup.
semua ada walaupun tak banyak, tak canggih, tak mewah.
sifat sederhana yang umi abah didik kami dari kecil sampai sekarang ni lah yang membuatkan aku bersyukur dengan apa yang sedikit apatah lagi yang banyak.
Hidup ini memang ada pasang surutnya. kadang kita susah kadang kita senang.
kadang-kadang kita tengok orang 'berada' ni...rumah mereka mewah, kereta hebat, gadget tak kalah canggihnya..tapi realitinya, indah khabar dari rupa. boleh jadi, duit nak beli petrol kereta pun tak cukup. kalau betul kaya sekalipun, belum tentu mereka kaya jiwa. hati kosong. sentiasa rasa tidak cukup walau sebenarnya sudah lebih dari cukup.
adapun orang yang kita pandang hidup mereka susah, mereka sebenarnya jauh lebih selesa dan bahagia daripada kita. yang sedikit itu mampu dipandang banyak. yang banyak rasa tak sanggup nak mengambilnya semua.
berbalik kepada keluarga aku, aku bersyukur dengan kesederhanaan kami. ya, ada kalanya kami tak mampu beli apa yang kami mahu. hati ini sering kali memberontak "bilalah aku nak dapat apa yang aku nak.." hakikatnya bukan tak mampu, tapi kami mengutamakan apa yang lebih perlu.
Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.
ya, segala-galanya yang kami perlu, Allah sediakan. apa-apa yang kami mahu, Allah bukan tak bagi tapi Dia tangguhkan buat mereka yang sabar. aku yakin, bila sampai masanya, Allah akan bagi. Bila yang mahu itu jadi perlu.
boleh aku katakan, umi aku sangat pemurah. pantang tengok kawan susah, mesti akan cuba tolong. ada kalanya aku nak saja cakap pada umi, "Umi, tak payahlah pinjamkan duit dekat orang dah. kita ni pun bukannya cukup sangat." tapi ayat itu ku simpan di dalam hati. tak mampu nak melawan bila umi cakap, "Umi tak boleh lah. asal ada duit dalam beg umi, umi tak sanggup cakap tak ada duit untuk tolong."
Lalu aku teringat satu hadith Rasulullah:
Lalu aku teringat satu hadith Rasulullah:
Oh, besarnya pengorbanan seorang sahabat demi saudara seIslamnya. tapi sedih bila menyedari ada beberapa pihak yang kurang senang dan kurang menghargai keihklasan bantuan umiku itu.
satu hal yang aku sedar. bila kita bantu orang, Allah akan bantu kita. Buktinya, atas bantuan umi, pekerjaan umi dipermudahkan Allah. Alhamdulillah, Allah balas pertolongan itu dengan pertolonganNya, sesuai dengan janjiNya menerusi hadith in:
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”
[ HR Muslim ]
sebagai penutup, mari kita hayati pesanan dan kata-kata daripada Prof Hamka ini:
Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu!
Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.
Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.
Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu!
Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah kamu dustakan?"
[ Ar-Rahman ]
0 talks:
Post a Comment