Feb 3, 2013

let's strive for mumtaz!


rindu sahabat-sahabat STAM'12

Alhamdulillah..baru-baru ni aku dengar berita baik tentang sahabat-sahabat STAM aku tahun lepas. tak sangka dengan result yang mereka dapat. sejujurnya aku tumpang gembira dengan kejayaan sahabat-sahabat aku semuanya. Tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan STAM dengan jayanya. mabruk kullukum.

sekejap masa berlalu. rasa macam baru saja aku bertatih-tatih menyesuaikan diri masuk ke sekolah baru masa zaman STAM dulu. tak sangka zaman tu dah berlalu hampir setahun. walaupun aku tak sempat merasai peperiksaan STAM itu sendiri, aku tetap merasakan sebahagian daripada mereka yang telah berjaya itu. sungguh, ilmu STAM ilmu yang bermakna bagi aku. 


dia sahabat aku sejak sekolah menengah lagi. ingat lagi dulu, aku pergi ke taklimat MM sama-sama dengan dia. masa tu dia masih belum decide hala tuju dia sama ada nak teruskan STAM atau ambil medic kat Mesir.  selepas habis taklimat tu, barulah dia buat keputusan untuk tetap di jalan dia berada sekarang. aku sebenarnya hairan apa yang membuatkan dia ambil keputusan macam tu. tapi aku yakin, dia lebih tahu apa yang dia perlu, apa yang dia mahu lakukan. jadi aku tak banyak menyoal. sebagai sahabat, aku menyokong usaha dan keputusannya. dan sekarang, aku sedar dia memang tidak tersilap langkah. keputusannya untuk meneruskan STAM hingga ke penghujung ternyata tepat. aku dah agak dia boleh lakukan sehabis baik. dan aku sangat bangga bila dapat tahu dia antara yang dapat MUMTAZ SUFI. (3ala tul mumtaz) mashaAllah...mabruk alaik!

semoga kejayaan dia dan sahabat-sahabat lain menjadi contoh buat adik-adik yang lain. 
begitu juga kami di sini. 

nak kejar Mumtaz tak mudah. orang dulu-dulu kata, rezeki tak akan datang bergolek. kita kena cari dan usaha sendiri. memanglah Mumtaz tu tak menjamin kejayaan hidup kita 100% pada masa akan datang, tapi dengan Mumtaz itulah perjalanan kita menjadi semakin mudah ke depan.

As medical student, I have to grab that Mumtaz. not because of JPA nor because I've been forced to. In fact, it is my responsibility to strive as best as I could. I don't want to be medical student forever. I want to be a doctor one day. Biiznillah...insyaAllah..

jadi, cuba check balik diri sendiri. usaha ke arah mumtaz macam mana? cukupkah? 

5 bulan saja lagi. get ready ya!

0 talks:

Post a Comment