Jun 9, 2013

Kenapa penting belajar tentang haid?

Haid.

Ada sesetengah lelaki mungkin 'fobia' bila dengar perkataan ni. geli geleman.

Ada juga sesetengah perempuan yang tak suka bila berbicara tentang haid di khalayak ramai atau apabila ada lelaki yang mendengarnya. Segan.

Ya, mungkin perbincangan haid ini lebih ditumpukan kepada kaum wanita yang mengalaminya sendiri tapi kaum lelaki juga seharusnya turut peka dan cakna dengan permasalahan haid wanita. siapa kata lelaki tidak patut tahu tentang haid? Lelaki sepatutnya lebih arif tentang haid memandangkan lelaki juga turut hidup bersama-sama wanita disekelilingnya - isteri, mak, kakak, adik, anak perempuan dan lain-lain. jadi, mahu atau tidak, ilmu berkenaan haid ini perlu dipelajari.

Bagi golongan wanita pula, mereka (atau mungkin kita) wajib mempelajari ilmu berkaitan haid. haid bukan setakat keluar darah daripada rahim kita. tapi ada banyak permasalahan dan isu-isu berkenaan haid yang kita perlu fahami dengan jelas. Warna darah, tempoh haid, adat (kebiasaan) haid, istihadhah, nifas dan lain-lainnya..



*Mengikut Mazab Syafie:
-tempoh paling singkat haid : 1 hari 1 malam (24 jam)
-tempoh paling panjang haid : 15 hari 15 malam
-darah yang keluar lebih 15 hari = darah istihadhah (waktu suci)

secara ringkasnya begitulah haid. tapi hakikatnya, haid tidak semudah itu. banyak permasalah yang timbul berkaitan haid ini. darah terputus, darah keluar lebih 15 hari, tidak dapat bezakan warna darah dan sebagainya.

kadang-kadang kita terlepas pandang isu haid ini. asal keluar darah, kita anggap haid. sedangkan kita terlupa ambil kira faktor warna atau yang lebih penting faktor masa dan kadar haid kita. ada yang sampai boleh mengaku datang haid selama 30 hari disebabkan kurangnya ilmu berkenaan haid ini!

Allah Allah. takutnya jadi macam tu sebab barangkali kita telah meninggalkan ibadah wajib ketika kita sebenarnya dalam tempoh suci. free free boleh dapat dosa. Dosa sebab tak mahu belajar dan dosa meninggalkan ibadah wajib. Na'uzubillah...

kebanyakan lelaki kurang ambil tahu tentang haid kerana mereka merasakan haid tiada kaitan dengan diri mereka. memang pun. tapi, mereka perlu ambil tahu paling kurang pun perkara-perkara asas berkaitan haid. kadang-kadang saya terdengar lelaki bertanya, "senggugut tu apa?" oh, rupanya tak ramai lelaki faham apa yang dialami wanita haid ini.


Senggugut atau 'bahasa medic'nya kita istilahkan sebagai menstrual pain merupakan satu kondisi yang menyakitkan yang dialami oleh wanita haid pada bahagian rahimnya (uterus). apabila wanita haid mengalami senggugut, biasanya mereka akan mengadu sakit yang teramat sangat (berbeza mengikut individu) pada bahagian rahimnya. emosi jadi tidak stabil. bila berdiri sakit, duduk pun sakit. rasa tidak mampu melakukan apa-apa ketika itu.  ya, senggugut itu sakit. malah ada yang mengatakan senggugut itu sakit yang sangat menyakitkan selepas sakit ketika bersalin. apa yang saya kongsikan ini berdasarkan apa yang saya lihat dan mungkin saya sendiri alami. 

mungkin ada yang pelik kenapa saya perlu menceritakan perihal haid wanita di sini. tapi saya rasa saya perlu memberitahu kepada golongan lelaki di luar sana agar mereka tidak mempuat persepsi negatif terhadap wanita-wanita haid. mungkin mereka fikir, wanita beruntung kerana ada 'cuti solat'. tapi hakikatnya, wanita haid ini terpaksa melalui fasa yang memeritkan pada awal haidnya.

Kesimpulannya, baik lelaki mahupun wanita, harus mempelajari ilmu haid ini. kalau tidak boleh kuasai semua, jangan tinggalkan semua. belajarlah sedikit-sedikit sebagai panduan. bagi wanita, buatlah jadual kitaran haid untuk memudahkan urusan pada kemudian hari. bagi lelaki pula, bimbinglah wanita-wanita yang sudah didatangi haid agar mereka tidak tersalah langkah dan aturan.

semoga Allah bimbing kita semua hendaknya ^_^

0 talks:

Post a Comment