Jun 12, 2013

Semakin banyak ilmu, semakin kurang mengkafirkan orang



Situasi 1 

"Dah niat puasa hari ni belum?"
"Dah, dalam hati"
"Eh, tak sahlah. kena sebut bila niat tu"

Situasi 2

"Hish, apalah orang tu. makan tak baca doa. nak makan dengan syaitan agaknya"
"mana ada...entah-entah dia baca dalam hati je."

pernah atau tidak anda menghadapi situasi di atas? mungkin ada yang pernah. situasi ini berlaku kerana masyarakat kita, terlalu mudah menghukum orang. mari kita lihat masalah di atas satu persatu

Situasi 1 

Kita mengaggap niat itu perlu dan wajib dilafazkan. hakikatnya, bukan lafaz niat yang mengesahkan sesuatu ibadah tetapi niat di dalam hati itu yang utama. dalam kata lain, sebenarnya sudah memadai jika kita hanya niat di dalam hati tanpa melafazkan niat tersebut dan ibadah itu sudah menjadi sah. lafaz niat hanya bertujuan untuk mentakkidkan atau menambah keyakinan terhadap niat di dalam hatinya.

jika niat yang kita lafazkan salah, tapi di dalam hati betul, sudah dikira sah ibadah yang ingin dikerjakan. sebagai contoh, Ali ingin mengerjakan solat Maghrib. ketika dia mengangkat takbiratul ihram, dia melafazkan niat, "sahaja aku solat subuh 3 rakaat" atau "sahaja aku solat fardu maghrib 4 rakaat" tetapi di dalam hatinya dia tahu dia ingin menunaikan solat Maghrib dengan 3 rakaat, maka sah solatnya ketika itu.

Situasi 2

Membaca doa sebelum makan adalah sunat. memulai dengan bacaan bismillah sahaja sudah memadai. sekalipun seseorang itu terlupa membaca bismillah atau doa makan, dia boleh sekadar baca doa ini:


Dari Aisyah r.ah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca 'bismillah'. Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca 'bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi'." 
(HR. Ahmad, al Tirmidzi, dan Ibnu Majah)


seperti niat, doa juga tidak semestinya harus dilafazkan secara terang-terangan dengan mengangkat (menadah) tangan. doa itu semudah menyebut D.O.A - cukup dibaca di dalam hati.




dua situasi di atas sekadar contoh. ada lagi perkara lain yang kita terlepas pandang. contohnya perbezaan mazhab. bila nampak perempuan tak pakai stoking masa solat, kita terus menghukum solatnya tidak sah kerana tidak menutup aurat. siapa tahu, perempuan tersebut barangkali daripada mazhab Hanafi yang tidak mewajibkan menutup kaki ketika solat sepertimana Mazhab kita, Mazhab Syafie...

Perkara-perkara seperti ini merupakan antara perkara asas yang semua orang Islam patut tahu dan cakna. kadang-kadang disebabkan benda-benda kecil, kita mudah menghukum dan mengkafirkan orang lain. hakikatnya, yang silap adalah diri kita yang masih cetek dan jahil ilmu agama...

Konklusinya, Islam itu mudah. tapi Muslim itulah yang menyusahkannya. 

Sebab itu kita perlu belajar dan belajar lagi. ilmu Allah ini terlalu luas. jangan terlalu mengejar ilmu dunia sampai kita terlupa dan tertinggal ilmu akhirat. Semoga kita sama-sama mampu perbaiki diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah....

0 talks:

Post a Comment