Jul 28, 2013

Budak Kecil Bercakap Tentang Hari Kiamat.

Loooong time no see.

Kesian blog ini. telah dianaktirikan oleh tuan belognya gara-gara blog yang lagi satu. haha. harap maaf ye, blogku yang comel *tangan ke bahu, mata ke atas*

aku baru selesai mendengar adik bongsuku mengaji al-Quran. Hakim namanya. Tahun ini dia 8 tahun. semasa aku suruh dia sambung bacaan surah ad-Dhuha, iba-tiba dia belek ke muka surat belakang dan baca terjemahan surah al-Qari'ah.

# Berikut adalah perbualan antara aku dengannya:

sekadar imaginasi manusia. Ketetapan Allah tiada siapa pun tahu.


Hakim : Al-Qariah maksudnya hari kiamat. huh, hari kiamat?

Aku : Hakim tau ke hari kiamat tu apa?

Hakim : tau..hari kiamat tu hari bumi ni hancur.

Aku : hancur macam mana?

Hakim : hancurlah. semua manusia mati.

Aku : lepas mati, manusia pergi mana?

Hakim : masuk dalam kuburlah.

Aku : kalau semua mati, siapa yang tanam kita masuk dalam kubur?

Hakim : errr...entah. tak tau. (sambil tersengih-sengih)

Aku : okay. cuba Hakim baca makna ayat surah tu dari mula.

(lalu dia pun baca terjemahan dari awal surah Al-Qari'ah itu. sampai ayat keempat dia berhenti)


Hakim : pada hari tu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan. (101:4)

Aku : kupu-kupu yang berterbangan tu macam mana?

Hakim : terbanglah...manusia ramai larikan diri sebab takut. macam kupu-kupu terbang bila manusia dekat dengan dia...

Aku : oh....lepas tu apa lagi Hakim?

Hakim : dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (101:5)

Aku : Hakim faham ke ayat tu?

Hakim : faham. gunung yang besar jadi macam bulu. pecah jadi kecik. hancurlah gunung. ada gunung merapi..lepas tu tsunami..gempa bumi...

*Apabila matahari digulung. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus). Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan. Dan apabila lautan dipanaskan. (81:1-6)*

Aku : betul tu. Hakim tau tak bintang akan jatuh ke bumi masa hari kiamat nanti?

Hakim : tak tau. Macam mana angah?


something bigger than this may collide with our own earth. What will happen then?




Aku : bintang kan besar. lagi besar daripada bumi ni. Matahari pun sama, dia akan berlanggar dengan bumi. bila bintang dengan matahari jatuh ke bumi yang lagi kecik ni apa jadi, Hakim agak-agak?

Hakim : hancurlah bumi ni, Angah.

Aku : betul betul betul. takut kan? okay, teruskan baca..

Hakim : Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikannya), maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang). Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikannya), maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas. (101:6-11)

Aku : Hakim faham ke pasal timbangan baik tu? Hakim tau tak sebelah Hakim ni ada siapa? (sambil menunjukkan kepada bahu kiri dan kanannya)

Hakim : Tau. Ada Malaikat Raqib dan Atiq. Malaikat tu catat amalan baik dengan buruk kita.

Aku : untuk apa dia catat?

Hakim : sebab dia nak tunjuk dekat Allah nanti.

Aku : bukan nak tunjuk kat Allah. tapi nak tunjuk kat kita sendiri di depan Allah nanti. Kalau belah kanan berat, kita insyaallah masuk Syurga. tapi..kalau belah kiri lagi berat macam mana?

Hakim : masuk neraka Hawiyah.

Aku : neraka Hawiyah tu apa?

Hakim : neraka yang apinya sangat panas.

Aku : habis tu hakim nak belah mana lagi berat?

Hakim : Mestilah belah kanan. Nak masuk syurga.

Aku : kalau nak masuk syurga kena banyak buat benda baik. Kena cukup solat, kena selalu baca Al-Quran, selalu tolong umi abah, dengar cakap umi abah. belajar rajin-rajin. faham?

(Hakim mengangguk faham...Alhamdulillah)

How far can you run and hide?
Nobody will survive. Neither you.











sedar tak sedar, secara tidak langsung aku bertadabbur ayat dengan adikku yang baru berusia 8 tahun tu. pada mulanya aku tak percaya dia akan faham apa itu Hari Kiamat. Almaklumlah, budak yang suka sangat tengok upin&ipin dan boboi boy tu nampak macam budak-budak lain, yang ada masanya degil, ada masanya malas. Tapi sebenarnya, budak innocent macam ni banyak sangat dia boleh belajar kalau kita kenakan pendekatan yang sewajarnya. 

Mereka boleh faham kalau kita ajar dengan cara yang betul. tanpa kekerasan dan paksaan.

Mungkin apa yang dia terangkan tentang Hari Kiamat itu tidak sepenuhnya betul dan masih samar-samar. Itu sekadar apa yang dia faham, dan apa yang dia boleh bayangkan setakat ini. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku tau yang dia belajar something yang berguna di sekolah. Soalan-soalan aku tu sekadar untuk uji pengetahuan dan kefahaman dia je. Dan apa yang aku terangkan kepadanya setakat apa yang aku fikir akalnya mampu terima pada usia ini. Hakikatnya, Hari Kiamat itu lebih dahsyat dari apa yang aku cuba terangkan kepadanya.

Dan sejujurnya berbicara dengan anak sekecil ini tentang Hari Kiamat membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Hari Kiamat - siapa yang tidak takut mendengarnya? Hari yang seluruh umat manusia tertunggu-tunggu. Hari yang golongan kafir sering persenda dan dustakan selama ini.

Moga-moga kita diselamatkan daripada fitnah al-Masih. Dan yang lebih penting, moga kita dilepaskan daripada azab seksa pada hari Akhirat kelak.

Amin ya Rabb..


0 talks:

Post a Comment