Feb 20, 2013

#1 Sederap Selangkah



Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Bait lagu 'Seiring Sehaluan' dendangan kumpulan UNIC menerjah masuk ke telinga Mariah. Setiap kali dia mendengar lagu ini, bibirnya pasti akan mengoyakkan senyuman tanpa disuruh. Memori lama menari-nari di tubir mata. Bagaikan mengalami halusinasi, Mariah ternampak wajah sahabat-sahabatnya yang tersenyum memandangnya menerusi tembok dinding biliknya. 

Bayangan itu berjaya mencuri tumpuan Mariah. Kerja-kerja penulisan artikel untuk laman web ‘Interactive Muslim’ tergendala barang seketika. Mariah mengalihkan cursor mouse komputer ribanya kepada button Windows di bahagian bawah tetingkap. Menekan File ‘Pictures’ kemudian mencari folder ‘Frenemies’. Dua kali ditekan pada folder itu, keluarlah gambar-gambar manusia yang macam-macam ragamnya. 

‘Frenemies’, getus Mariah dalam hati. 

Sekali lagi, bibirnya menguntumkan senyuman. Penuh makna. Dan rindu. 

Bermula dengan gambar beberapa orang pelajar perempuan yang memakai baju sekolah lengkap. Ada yang berbaju kuning, berbaju hijau muda dan berbaju putih. 5 orang pelajar sekolah dalam gambar itu tersenyum, menggambarkan pelbagai aksi. Seorang tiada dalam gambar tersebut yang menjadikan gambar ini kurang sempurna. Walau bagaimanapun, Mariah selaku juru gambar ternyata berpuas hati dengan hasil ‘seni’nya itu. 

“Aidah, Israa’, Fazreen, Jehan dan Wanie,” Mariah menyebut nama seorang demi seorang nama sahabatnya dalam gambar tadi bermula dari kiri. 

Lama merenung gambar pertama, Mariah beralih kepada gambar seterusnya. Wajah Wanie dengan ‘trademark’nya terpapar jelas pada skrin komputer ribanya. 

‘Peace for life.’ Terdengar halus suara Wanie menjengah memasuki gegendang telinga Mariah. Gaya ‘peace’ memang tak pernah lekang daripada diri sahabat yangs seorang itu tatkala mengambil gambarnya. Seboleh-bolehnya dia cuba menyerlahkan kecomelan dirinya. Mariah menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan karenah sahabatnya itu. 

Seterusnya, bertukar kepada gambar Jehan dan Fazreen. Seorang tinggi dan seorang lagi tinggi tapi tak berapa cukup ketinggian. Mariah tergelak kecil. 

‘tapi, apa-apapun gambar ni tetap comel’, puji Mariah dalam hati. 

Gambar keempat, gambar Israa’ sedang menulis sesuatu dalam buku nota. Mungkin dia tidak perasan bila gambar ini diambil. Itulah Israa’, tak boleh berenggang dengan buku. Memang pelajar contoh. Mariah kagum mendapat kawan begitu. 

Dan berikutnya merupakan gambar Mariah bersama-sama Aidah. Merenung gambar itu, fikirannya tiba-tiba diterbangkan ke masa lalu. Peristiwa dua ke tiga tahun ke belakang… 

“Aku ada teka-teki. Situasinya begini. Ada seorang budak ni nak naik bas. Dia ada 50 sen sahaja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Jadi, macam mana dia nak pergi tempat tu?” Mariah mengajukan teka-teki bagi memecahkan kesunyian 6 sahabat itu. Sahabat-sahabat yang tadinya macam mengantuk dan bosan tiba-tiba memandang ke arah Mariah seolah-olah ada tarikan magnet yang kuat. 

“Pinjamlah lagi 10 sen kat orang lain. Apa susah…” Israa’ menjawab dahulu dengan yakin. 

Mariah menggeleng. “Lain?” 

Wanie pula mencuba nasib, “Tak payah naik bas. Jalan kaki je,” 

Yang lain tersengih mendengar jawapan selamba Wanie. 

“Salah..ada sesiapa nak cuba lagi? Aidah?” Mariah angkat keningnya 2 kali. Aidah menggelengkan kepalanya lambat-lambat. 

“senang je, budak tu cuma perlu buat muka seposen pada pemandu bas tu. 50 sen tambah 10 sen kan 60 sen. haha,” Mariah tergelak besar. Israa’ membaling pen yang berada di tangannya ke arah Mariah. Aidah yang berada di sebelah Mariah cepat-cepat menarik pipi Mariah yang tidak segebu mana itu. Tak puas hati dengan teka teki yang tak masuk akal tadi. 

“Bunyi macam nak peril aku je tu,” kata Aidah, geram. Habis merah pipi Mariah ‘dikerjakannya’. 

Pipi kanan Mariah terasa hangat tidak semena-mena. Terasa seperti baru sekejap tadi pipinya menjadi mangsa ‘cubitan manja’ sahabatnya, Aidah. Dia tersenyum lagi. Dan lagi. 

Rindu. 

Satu kalimah yang tak perlu dilafazkan kerna ia lahir daripada hati. 

Dua tahun tak ketemu, terasa ada ruang perpisahan yang sangat lama. Masing-masing terpisah jauh bagi membawa haluan perjalanan hidup sendiri. Dipisahkan merentasi beberapa benua. Tiga orang di Mesir, seorang di Jordan, manakala dua lagi di Malaysia. 

Bukan mudah untuk mempertahankan ukhuwwah yang telah terjalin erat ketika zaman persekolahan dulu. Lagi-lagi apabila sudah berjauhan begini. Kalau dulu, boleh lakukan pelbagai perkara bersama-sama. Sentiasa ada peneman ke hulu dan ke hilir. Ada insan yang boleh menegur dan memimpin dari tepi. Ada orang yang sanggup menghulurkan tangan memberi bantuan. 

Tapi sejak menamatkan zaman sekolah dan terbang ke Timur Tengah, segala-galanya seperti sudah berubah. Kebergantungan kepada manusia lain makin berkurang, fikir Mariah. Setiap perkara perlu dilakukan sendiri. Perlu berdikari. Dan kebanyakan masa, dia merasakan dirinya semakin lalai dan hanyut. Tiada lagi individu yang menegur dan menasihatinya setiap masa, seperti dulu. 

Lama-kelamaan, Mariah bangkit semula dengan bantuan dan semangat yang disalurkan oleh sahabat-sahabatnya. Walaupun jauh, hubungan mereka masih diteruskan di alam maya. Mereka saling bertukar-tukar pendapat, masalah, nasihat, idea dan pengalaman tentang pelbagai perkara. Secara tidak langsung, ukhuwah jarak jauh ini menjadi satu bulatan gembira yang dinamakan usrah. 

“Kenapa panggil Frenemies?” Jehan bertanya hairan. Mariah tersenyum. 

“Frenemies stand for friends and enemies. Korang semua ni kawan aku dan dalam waktu yang sama, musuh aku,” terang Mariah. Jehan mengerutkan dahinya. 

“Musuh? Kita orang musuh kau? Biar betul, yah…” Jehan tidak puas hati. 

“Musuh yang menyedarkan aku daripada lena. Musuh yang mencabar aku melakukan lebih daripada yang aku mampu. Dan musuh yang mengajarkan aku erti sabar dan kemaafan,” kiasan Mariah membawa maksud yang mendalam. 

“Lagipun, aku kan pernah ‘anti’ korang dulu. Tapi tak sangka lama-lama berkawan akhirnya aku boleh get along dengan korang semua sampai sekarang, “ tambah Mariah lagi sambil tersengih-sengih. 

“Kalau kawan pula?” Jehan sekadar ingin menduga sahabatnya itu. 

“Kawan yang sentiasa memberi sokongan, nasihat, teguran dan semangat. Mendoakan kita dengan kebaikan selalu. Dan menghargai ukhuwwah dan persahabatan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabatnya..” jelas Mariah dengan raut wajah yang bahagia. 

Terbayang wajah-wajah pemberi inspirasi dalam hidupnya satu per satu. 

Moga Allah terus tautkan hati-hati kami. 

Kerana, bertemu dan berpisahnya kami kerana Allah.

1 comment:

  1. feel free to read my blog. i've posted something new. and let me know what you think in the comment box. assalam

    ReplyDelete