Jun 20, 2013

#2 Musafir Mesir (Summer'13)

morning @ Nasr City, Cairo

Habis saja imtihan, penuh schedule aku dengan macam-macam plan. rasa macam tak cukup tanah je nak jejak dalam masa seminggu ni. lepas satu, satu lagi. rasa macam dah habis jelajah satu Cairo pulak rupanya.

oke, tak. hiperbola je tu. Cairo ni besar. perlukan 6 tahun untuk meneroka.

tak dapat nak merancang jaulah ke mana-mana. nampak je poster-poster promosi ke Matruh dan Siwa. tapi disebabkan jadual penerbangan ke bumi tercinta telah ditempah agak awal, tak mampu ikut sama. mungkin tahun depan cuba lagi?

bak kata sahabat aku, "kan ada 5 tahun lagi kat sini"

ye, dalam masa 5 tahun ni terlalu banyak tempat boleh dijelajahi. yang menjadi persoalan ialah masa dan duit. dan semestinya, dengan keizinan-Nya..

berbalik kepada kisah sepanjang seminggu ini, aku dah pergi pelbagai tempat termasuk luar daripada Cairo. penat memang penat. tapi bila fikirkan nak cari barang balik Malaysia dan nak lihat bumi Mesir yang aku belum pernah jejak, diri ini tetap ku gagahi. Alhamdulillah, kudrat masih berbaki untuk sampai ke Malaysia nanti.

on road @ Giza, Old Cairo

sepanjang perjalanan aku keliling Mesir (tak adalah keliling sangat), pelbagai ragam manusia aku tengok. pelbagai seni bina, infrastruktur, dan pengangkutan aku perhatikan. lain di tempat itu, berbeza pula di tempat lain. bila memandang ke tempat lain, aku rasa bersyukur sebab aku berada di Nasr City, Cairo yang serba lengkap dan selesa ni.

Alhamdulillah..

Orang Mesirlah yang paling banyak aku perhatikan. aku cuba nak fahami sikap penduduk Mesir ini. semakin lama aku makin rasa orang Mesir 'annoying' dan tak relevan. tapi perasaan itu aku buang jauh sikit sebab aku tahu, tak semua orang Mesir macam tu. tak semua orang Mesir yang berfikiran kolot. tak semua orang Mesir yang suka permainkan orang asing macam kami pelajar Malaysia ini.

aku sedar, masyarakat inilah yang perlu aku hadapi untuk tempoh masa lagi 5 tahun nanti. sebab itu aku perlu kenal mereka bagaimana.bukan setakat perlu kenal, tapi perlu belajar.

Tanta

sebab itu kalau  ada peluang dan rezeki, bermusafirlah. Bermusafir bukan setakat makan angin, shopping atau bersuka ria. tapi, ambillah ibrah daripada manusia sekeliling.

yang baik, ikut. yang buruk, tinggalkan.


Firman Allah mafhumNya:

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

[ Al-Mulk : 15 ]

Counting days and hours...

I am about to leave this country. May Allah ease everything. 
Ameen Ya Rabb..

0 talks:

Post a Comment